Featured Post Today
print this page
Latest Post
Showing posts with label Berita Sukan. Show all posts
Showing posts with label Berita Sukan. Show all posts

Disebalik kekalahan memalukan HARIMAU MALAYA di tangan singapore..experiment la sangat

Gambar diatas menggambarkan betapa layunya anak buah Rajagopal di laman sendiri ketika bertemu Singapura dalam perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2012. Kekalahan 3-0 di tempat sendiri bagi aku cukup memalukan dengan keyakinan coach lontarkan sebelum ni walaupun tewas dan seri dalam perlawanan persahabatan sebelum kejohanan bermula. Dimana silap semua ni?

AFF SUZUKI CUP 2012


Ya menang kalah adat permainan, tapi kita harus perbaiki kelemahan yang nampak ketara didalam pasukan sekurang-kurangnya untuk mempamerkan aksi yang dapat menghiburkan penyokong walaupun tewas. Kita mempunyai liga yang cukup baik jika dibandingkan dengan Singapura, ianya sendiri diakui peminat bola sepak dari seberang tambak Johor itu. Walaupun dari segi gred liga kita di belakang liga Singapura kerana Liga kita yang tidak diswastakan, namun kualiti Liga Super khususnya adalah antara yang terbaik di Asia Tenggara. Jadi semestinya kita mempunyai pemain yang ada kualiti. Rasanya kalau nak diukur dengan perlawanan Malaysia dengan Singapura tadi dan sebelum-sebelum ini, aku rasa skuad Ong Kim Swee lebih hebat.

Aku bukan nak kutuk pasukan negara sendiri, bukan tidak sokong negara sendiri dan bukan nak menyebelahkan mana-mana pihak. Aku sebagai peminat bolasepak tanah air cukup kecewa dengan persembahan anak buah Raja terutamanya bahagian tengah ketika perlawanan bertemu Singapura tadi. Kalau macam ni persembahan sebenar skuad Harimau Malaya, jangan bermimpi la nak lepas peringkat kumpulan.
Aku tak tahu apa yang Raja fikirkan, beberapa pemain yang tidak menunjukkan prestasi cemerlang dalam liga turut dipanggil untuk menyertai kesebelasan utama. Mungkin dia lebih kenal pemain dia, tapi pada hakikatnya dia TIDAK KENAL PEMAIN-PEMAIN DALAM LIGA SUPER.

Aku nak buat sedikit perbandingan antara Malaysia dengan Singapura. Perbandingan dia mudah sangat, Pasukan singapura diwakili oleh sebahagian besar pasukan Lions yang bermain dalam Liga Super. Semestinya keserasian tidak perlu ditekankan sangat oleh jurulatih mereka. Malaysia pula kalau diperhatikan betul-betul kesebelasan utama, Penyerang dari pasukan Kelantan dan Pelita Jaya, tengah Selangor, 2 pemain Kedah(turun Liga Perdana), Negeri Sembilan dan Harimau Muda. Pertahanan pula dari pasukan Harimau Muda, Selangor dan dua pemain ATM yang hanya didedahkan dengan perlawanan-perlawanan di liga perdana. Sungguh warna-warni pasukan Rajagopal.

Aku bukan nak salahkan pemain atau nak menghina pasukan dari liga Malaysia, tapi kalau dilihat secara mata kasar Rajagopal hanya lebih cenderung untuk memilih pemain yang pernah mewakili Malaysia dan berumur dibawah 30. Pemilihan sama sekali tidak diukur dengan prestasi semasa pemain.


Tidak salah rasanya Rajagopal memanggil pemain yang berusia seperti Hairudin Omar, Badhri Radzi, Amri Yahya, Indraputra kerana mereka adalah pemain yang menunjukkan aksi konsisten dan mempunyai kualiti yang tinggi. Adakah faktor usia yang dipandang Rajagopal? Kalau main bagus, umur 40 tahun sekali pun tidak salah kalau nak dipanggil.



Pemain berpotensi Failee Ghazali
Terengganu dan Perak antara pencabar kuat didalam Liga Super. Tetapi dimana pemain pasukan Perak? kenapa tidak sekurang-kurangnya memanggil Manaf Mamat dan Ashaari Shamsudin untuk sesi pemilihan? Pertahanan Kelantan melepaskan bolos paling sedikit didalam Liga Super, mana pertahanan Kelantan dalam skuad Raja?
Kesemua Negara jika kita lihat, mengambil rata-rata pemain Top 3 didalam liga mereka. Memanggil pemain Veteran jika mempunyai kualiti yang lebih baik. Rajagopal ni macam memilih bulu je. Mungkin FAM yang arahkan beliau, atau beliau bertindak sendiri dengan terlebih konfiden.
KOMBINASI TIDAK MENJADI
Aku nampak Safiq Rahim tidak berfungsi langsung didalam perlawanan bertemu Singapura. Sama seperti perlawanan persahabatan sebelum ni dan perlawanan ketika mewakili Selangor. Begitu juga Amar, pada babak pertama aku boleh kira dengan jari berapa kali dia pegang bola. Buat intercept memang langsung la. Dengan Pemain yang sedia ada, aku rasa Baddrul dan Shakir Shaari/Gary patut diberu peluang. Gary pemain yang Aggresif dan gemar memotong bola, Shakir pula mempunyai ketenangan dan hantaran yang baik. Safiq Rahim gemar mengutip bola dari bawah dan dia semestinya tidak sesuai untuk digandingkan dengan Gary atau Shakir.

Faiz Subri
Prestasi Kunalan tidak seperti kejohanan AFF sebelum ni. Tetapi dia masih mempunyai kelajuan yang pemain lain dalam skuad Rajagopal ni tiada dan dia masih boleh diberi peluang kerana sudah terlambat untuk memanggil Azwan Roya. Semasa perlawanan dengan Singapura, kemasukan Mahali di bek kanan bukan sahaja membantu pertahanan malah menenggelamkan persembahan pemain sayap Wan Zack yang menggantikan Khyril. Kita memerlukan pemain sayap yang laju dan boleh membawa masuk bola kedalam kotak penalti. Faiz Subri dan Farhan ataupun Amirul Hadi antara yang layak sebenarnya di posisi ini namun dengan skuad yang ada, rasanya Alex lebih sesuai di sayap kanan.
Posisi Pertahanan pula bagi aku Mahali patut disenaraikan dalam kesebelasan utama. Pemain-pemain bek kiri kanan harus lebih kerap dan berani untuk melakukan overlapping, bukannya asyik bagi bola kat penjaga gol. Manakala penyerang antara Shahrul dan Safee patut dikekalkan kerana tidak patut diukur persembahan mereka sebelum ini dengan jentera tengah tidak hidup. Khairul Fahmi yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi nampak goyah dan aku rasa Farizal Marlias patut diberi kepercayaan.
Aku bukanlah pakar bola sepak, bukanlah coach yang berjaya.. Tetapi idea busuk aku ni tertulis tatkala aku membandingkan Persembahan Rajagopal dengan perlawanan-perlawanan Liga Malaysia. Kerana Aku Peminat Liga Malaysia. Aku harap game lepas ni pasukan Harimau Malaya boleh buat sesuatu.

Jutawan Terkejut Isteri Dalam Pelukan Bintang Bola Sepak!

 
Seorang jutawan semalam menceritakan bagaimana dia dan isterinya berusaha untuk mendapatkan anak ketiga apabila mendapati wanita itu bermain kayu tiga dengan bintang bola sepak, Cesc Fabregas.



Jutawan hartanah, Elie Taktouk mengetahui kecurangan isterinya apabila melihat gambar bekas kapten Arsenal itu bercuti dengan ‘wanita misteri berambut perang’ yang menurutnya ialah isterinya, Daniella Semaan, 38, dalam akhbar. Elie yang juga 38, kini sudah bercerai dan terpaksa melihat Fabregas, bintang bola sepak Sepanyol berusia 25 tahun menjadi bapa tiri kepada anak lelakinya berumur lapan tahun dan anak perempuan, 11.

Fabregas

“Saya berada dalam keadaan terkejut selama beberapa bulan tetapi saya tidak mahu isteri saya lagi. Saya rasa begitu meluat sebaik melihat gambar itu. Saya terus membuang segala perasaan terhadapnya. “Kami berusaha mendapatkan anak ketiga apabila dia berlaku curang. “Saya tidak terkejut dengan sikap Fabregas. Dia baru berusia 25 tahun dan bodoh. Isteri saya mengejarnya dan akan meninggalkannya sebaik saja duit dan popularitinya berakhir. Dia bukan David Beckham,” kata Elie.

Ahli perniagaan itu yang menetap di Knightsbridge, London Barat, menceritakan bagaimana dia mengahwini Daniella pada 1998 di negara asal mereka, Lubnan.

Elie dan Daniella

Dia menemui gambar isterinya berbikini, memeluk Fabregas di tepi kolam renang dan berfoya-foya di atas jet ski di Nice, selatan Perancis.

Fabregas yang meninggalkan Arsenal untuk bermain dengan Barcelona baru saja berpisah dengan teman wanitanya, Carla Garcia, ketika itu.

Elie yang mendapat hak bersama untuk menjaga anaknya berkata: “Fabregas mengadakan hubungan sulit dengan ibu seorang kanak-kanak berusia lapan tahun. Perbuatan paling memalukan yang saya akan lakukan ialah mengucup pipi isteri saya di depan anak kami.” Fabregas dan Daniella dirakam bercium ketika bercuti di Itali.

Dalam perbicaraan penceraian mereka, Daniella diberikan elaun $2,500 (RM7,500) sebulan, kurang daripada jumlah $10,000 (RM50,000) yang dituntutnya.

Fabregas meninggalkan Gunners selepas khabar angin sejak beberapa tahun lalu mengaitkannya dengan Barcelona.

Pasukannya mengalahkan Celta Vigo 3-1 kelmarin sementara rakan lamanya di Arsenal tumpas 1-2 kepada Manchester United.

kisah jutawan bola Safee Sali bergaji RM118,000 Sebulan Serta Layanan VVip



 Apa yang boleh kami katakan, tahniah kepada Ketua Pasukan Pelita Jaya dan penyerang sensasi Malaysia, Safee Sali kerana baru sahaja menyambung kontrak yang cukup lumayan. Mungkin ramai yang tak terfikir pemain bola sepak Malaysia mampu mencapai pencapaian sebegini rupa.

Tetapi tiada yang mustahil, jika ada kalangan bola sepak Malaysia yang berusaha bersungguh-sungguh, ditambah mempunyai semangat dan keazaman ibarat jelmaan lagenda bola sepak Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Dan kami fikir sememangnya Safee Sali berhak memperolehinya hasil usaha keras beliau selama ini. Sebelum ini teka-teki mula timbul apabila pemain bola sepak Malaysia yang sekarang sedang berkelana di Jakarta, Indonesia, Safee Sali bakal disunting pasukan Johor. Tawaran?

gaji bulanan bernilai AS$15,000 (RM45,752) oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ)
berbanding gaji bulanan Safee Sali sebelum ini juga bersama pasukan Pelita Jaya sekitar AS$1o,000 (RM30,400)
Safee Sali (Pelita Jaya) : Tawaran Kontrak Baru 2 Tahun Bersama Kelab Pelita Jaya FC

bonus tetap perlawanan
rumah
kenderaan
pemandu peribadi
cukai dibayar oleh kelab
tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh Kelab
penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC

Kelebihan Lain Yang Bakal Dinikmati Safee Sali Selama Bersama Kelab Pelita Jaya FC:
Safee Sali akan mendapat ‘commercial endorsement’ bagi pelbagai jenama & produk di seluruh Indonesia
Imej Safee Sali akan digunakan untuk tujuan pengiklanan di Indonesia.

Safee Sali diberi peluang bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronusapabila peluang dan ruangnya tiba dan bergantung kepada tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara-negara tersebut. Antara kelab yang dimiliki penuh oleh Pelita Jaya Cronus selain Pelita Jaya FC di Indonesia ialah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisi 2 di Liga Belgium dan SAD Uruguay sebuah kelab pembentukan pemain remaja di Uruguay
Pelita Jaya juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti 5 kelab di liga Brazil yang antaranya adalah Flamengo FC dan beberapa kelab di Eropah terutama di Belanda yang antaranya ialah Ajax Amsterdam FC serta Leicester City FC

update- Penyerang Kelantan@MAT YO TETAP BERHASRAT PINDAH KE JOHOR,gaji cecah 80k tu


Penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang dikenali dengan panggilan ‘Mat Yo’ sebelum ini telah menghantar surat kepada Kafa baru-baru ini, untuk membolehkan beliau berhijrah ke pasukan lain (Johor) namun jawatankuasa pasukan Kelantan menolaknya dengan alasan pemain itu masih mempunyai kontrak setahun lagi.
 
Menerusi laporan media hari ini, Norshahrul berkata beliau masih berminat mewakili pasukan Johor kerana ingin mencari angin baru. Namun hasratnya yang sebelum ini telah ditolak Kafa. Beliau berhasrat Kelantan akan mempertimbangkan permohonannya itu.

“Saya difahamkan PBNJ masih menaruh minat untuk mendapatkan khidmat saya namun semuanya terserah kepada pengurusan pasukan (Kelantan) untuk menentukan masa depan saya,” katanya yang dipilih sebagai penyerang terbaik kebangsaan untuk kali ketiga berturut-turut pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012.
 
Mat Yo dilaporkan menerima tawaran lumayan dari pasukan Johor dengan bayaran gaji dikatakan mencecah RM80 ribu manakala Johor juga sanggup menawarkan bayaran tebus kontrak yang tinggi untuk pasukan Kelantan berdasarkan baki kontrak 1 tahun yang masih ada

Gambar Pemain Tenis Yang buat Berdarah Hidung

Jantan mana tak terliur tengok gambar pemain tenis ni memang tipu lah kan..hot habis sampai berdarah hidung menengoknya..tak caya jom layan!









13 Foto Pra Perkahwinan Lee Chong Wei – Mei Choo. Romantis



Jom tengok 13 foto romantis pra perkahwnan Chong Wei – Mei Choo yang dibawa khas oleh Lee Chong Wei Official Fans Club.



939_274956195940551_1596323785_n.jpg 65299_274941635942007_1414201277_n.jpg 155539_274942979275206_1134694848_n.jpg 270592_274943012608536_301223611_n.jpg 311295_274941735941997_1066970343_n.jpg 400368_274941672608670_999537471_n.jpg 407579_274943045941866_1800610422_n.jpg 408733_274956175940553_1478007752_n.jpg 420478_274953509274153_882441319_n.jpg 546812_274941695942001_1824826573_n.jpg 562009_274953602607477_1235473009_n.jpg 578364_274942965941874_1884505004_n.jpg
 

Penyerang Sensasi Negara Safee Sali Bakal Ke Bundesliga Jerman?

penyerang Sensasi Negara Safee Sali Bakal Ke Bundesliga Jerman??
Assalamualaikum semua pembaca kacak dan cantek....

Satu berita tergempar lagi sensasi yang baru diketahui umum dan hangat diperkatakan kini iaitu penyerang sensasi negara Safee Sali bakal ke bundesliga Jerman. Perkara ini masih lagi di tahap awal dan keputusan perbincangan masih belum diputuskan lagi. 

Info mengenai ini diperolehi dari Astro Nadi Arena dan dihebahkan melalui sokernet dengan hangatnya ketika ini. Dalam temubual yang dijalankan Safee Sali mengaku bahawa beliau mendapat tawaran daripada pihak liga Jerman mengenai ini tetapi keputusan rasmi masih belum diputuskan lagi. Sama-samalah kita mendoakan berita gembira ini semoga menjadi kenyataan.

Safee Sali

Untuk info yang lebih jelas boleh lihat video di bawah ini.



*diharapkan semoga perkara ni jadi kenyataan supaya menjadi inspirasi kepada golongan muda akan datang untuk lebih berjaya dalam sukan bola sepak.

Piala Malaysia: Kelantan Masuk Final, Mana Budak Yang Nak Bogel Tu?Nak kena budak ni

Kelantan Menang, Mana Budak Nak Bogel Tu?

October 13, 2012  

Satu-satu hal yang dibangkitkan oleh remaja-remaja rakyat Malaysia sekarang ini.
Akal mereka sentiasa mahu melakukan perkara yang kadang-kadang tidak terjangkau dek akal.
Masih ingat lagi dengan kisah seorang lelaki yang bernama Johari Pain yang mencabar dirinya mahu mengerat ‘anunya’ sekiranya penerjun Malaysia, Pandelela Renong mampu memenangi pingat dalam Sukan Olimpik London 2012 beberapa bulan lalu?

Ternyata, Johari Pain kecut perut selepas Pandelela berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam acara yang dia sertai.
Johari Pain juga terus senyap sepi tanpa melakukan cabaran yang dia sendiri lontarkan.
Yang terkini, seorang anak muda remaja bernama ‘MisterBiawak Evans’ pula melakukan perkara yang lebih kurang sama.

Malam tadi, telah berlangsungnya perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara negeri Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam.

MisterBiawak Evans telah memuat naik status yang ‘angkuh’ di laman Facebooknya.
Katanya, sekiranya negeri Kelantan menang dalam pertembungan dua negeri itu, dia akan serta-merta berbogel di hadapan pusat beli-belah terkenal negara, Pavilion, Kuala Lumpur.
“kalau kelantan menang..aku post gambar aku bogel depan pavi !!!!”

Dan ternyata, pertembungan semalam telah berpihak kepada negeri Kelantan apabila mereka mengesahkan slot ke pentas final Piala Malaysia dengan bergaya selepas mengetepikan Selangor menerusi agregat 3-0
Persoalan sekarang ini, ke mana hilangnya MisteriBiawak Evans?

Ramai pihak sekarang ini sudah pun mencari individu yang berniat untuk berbogel secara terang-terangan.
Hinggakan, ada pihak-pihak tertentu telah pun membuka akaun Facebook meminta si MisterBiawak Evans menunaikan janjinya.
Mana nak cari dia ni?
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. fuh-yo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger