Antara topik hangat hari ini adalah mengenai pemain badminton no 1 dunia iaitu, Datuk Lee Chong Wei apabila majlis perkahwinan beliau bersama Wong Mei Choo akan diadakan pada 9 November dan 10 November di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Difahamkan, lebih 1000 jemputan VIP antaranya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal meraikan perkahwinan wira negara ini .
Selain daripada topik perkahwinan, perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei meraikan hari jadinya yang ke-30, semalam turut merangkul kejuaraan Terbuka Denmark 2012 Siri Super Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).