Akibat simpan anak ikan..wanita berumur 53 tahun di jangkiti HIV



KUALA LUMPUR: Satu ketika dia mempunyai segala-galanya dalam hidup seperti diidamkan kebanyakan wanita berjawatan besar, keluarga bahagia dan sihat tubuh badan tetapi angkara hobi jeliknya menyimpan lelaki muda untuk kepuasan naf sunya, ‘aset’ berharga itu hilang daripadanya hidupnya.
Episod hitam wanita berusia 53 tahun dikenali sebagai Jun ini bermula apabila dia disahkan menghidap penyakit Aids pada 2009 selepas dijangkiti kuman HIV daripada seorang daripada tiga ‘anak ikan’ yang ‘dibelanya’.
Anak ikan ialah istilah digunakan untuk lelaki muda yang ‘disimpan’ wanita berusia sebagai pemuas nafsu.

Khuatir penyakit itu diketahui umum, dia mengambil keputusan meletak jawatan sebagai pegawai atasan di sebuah agensi kerajaan di selatan tanah air.
 Pada masa sama, dia diceraikan suami yang turut memisahkannya dengan tiga anak selepas mengetahui penyakit itu diperoleh hasil hubungan terlarang.baca lebih lanjut di Metro.

---------------------------------------------------------------------------
kisah lain anak ikan metro

Ibu simpan ‘anak ikan’

Oleh A’isyah Sukaimi
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PUTRAJAYA: Seorang ibu tunggal dicekup bersama lelaki muda atau ‘anak ikan’ belaannya di sebuah rumah di Presint 9, di sini awal pagi kelmarin selepas diserbu penguat kuasa agama yang bertindak atas aduan anak wanita itu sendiri.
Serbuan dilakukan pada jam 2.50 pagi oleh sekumpulan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Putrajaya hasil maklumat anak wanita itu mengenai ibunya berusia 40-an yang sering membawa balik teman lelakinya berusia 20-an dan tidur bersama sejak beberapa bulan lalu.

Sumber berkata, pasangan berkenaan sebelum ini bijak menyembunyikan perbuatan terkutuk mereka kerana rumah itu turut dihuni anak perempuan terbabit yang berusia 20 tahun serta dua anak lelaki belasan tahun.
Menurutnya, mungkin meluat dan tidak mahu bersubahat dengan sikap ibunya yang bergelumang dosa, anak perempuan itu sendiri yang membuat laporan supaya ibunya ditahan.

“Ketika serbuan wanita itu membuka pintu rumah dan membenarkan penguat kuasa masuk seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan. “Dia cuba menipu penguat kuasa dengan memberitahu mendakwa teman lelakinya yang ketika itu sudah berpakaian lengkap adalah saudara terdekat yang menumpang buat sementara sebelum memperoleh pekerjaan tetap,” katanya.

Bagaimanapun, penguat kuasa Jawi yang curiga dengan penjelasan wanita terbabit menyoal anak perempuannya dan ketika itulah rahsia jijiknya terbongkar. “Anak perempuan wanita itu memberitahu sebelum serbuan dilakukan lelaki terbabit tidur di bilik ibunya dan mereka sudah melakukan perbuatan itu sejak beberapa bulan lalu. “Kata gadis itu, dia sudah berbuih mulut menasihati ibunya supaya menghentikan perbuatan terkutuk itu, tetapi tidak dipedulikan, menyebabkan dia nekad membuat laporan kepada kami,” katanya.

Sumber itu berkata, mendengarkan kata-kata anak gadisnya wanita terbabit cuba berdalih dan mendapat simpati dengan memberitahu dia bakal mengahwini teman lelakinya dan lelaki itu juga memberi kenyataan serupa dengan pengakuan mereka merancang berkahwin dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, alasan itu gagal mengelakkan mereka ditahan dan ketika disoal siasat wanita terbabit memberitahu dia menjalinkan hubungan intim dengan teman lelakinya selepas berkenalan melalui laman sembang di Internet.
“Wanita itu juga memberitahu sudah bercerai dengan suami, tetapi gagal menunjukkan dokumen perceraian apabila diminta penguat kuasa,” kata sumber itu.

Menurutnya, pasangan terbabit kemudian dibawa ke pejabat Jawi Putrajaya untuk diambil keterangan lanjur sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (a)(b), Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000, jika didapati bersalah.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Rohaizan Ismail, ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan terbabit dan memberitahu mereka akan didakwa di mahkamah syariah dalam tempoh terdekat.

-------------------------------------------------------------------------------
di cedok daripada blog mazidul

KISAH GADIS SIMPANAN DAN ANAK IKAN

Saya kira ramai wanita membela anak ikan.
Anak ikan emas, ikan kelisa atau ikan puyu dipelihara di dalam bekas kecil dihiasi pokok kecil tiruan atau di akuarium di sudut rumah. 
Pun begitu 'anak ikan' saya maksudkan, lelaki muda, berusia awal 20 an.
Lazimya, kita mendengar lelaki berusia, hidup mewah dan digelar 'Sugar Daddy' menyimpan gadis muda cantik untuk memuaskan nafsu berikutan isteri mereka sedang dimamah usia. Berikutan kemampuan dari aspek kewangan, Sugar Daddy sudi menyewakan unit kondomininum mewah untuk gadis belaan tinggal dan berkunjung ke rumah itu sekali sekala untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Sebagai balasan, sebahagian atau sepenuh kos keperluan hidup gadis terbabit ditanggung oleh Sugar Daddy.
Teringat saya kepada antara kenyataan kenalan, gadis berusia 22 tahun ketika saya temui di Bangsar, Kuala Lumpur, kira-kira 12 tahun lalu, 'Zu'.
"Sugar Daddy saya sekarang ini bekerja di Afrika Selatan, balik ke sini, dua kali setahun. Sebulan, dia masukkan duit ke dalam akaun RM7,000," jelasnya ringkas.
Zu berasal dari Sungai Petani, Kedah dan sewaktu ditemui mempunyai teman lelaki berusia lebih kurang sama.
"Ada Sugar Daddy, ada boyfriend sekali?," soal saya.
"Sugar Daddy jarang berjumpa. Cuma beberapa kali saya terbang ke Afrika Selatan, bercuti di sana. Tetapi berbanding dia, rimas juga bila ada boyfriend macam ini, kuat jelas, kuat marah dan kekadang tangan dan kaki naik ke badan kita," Keluh Zu. 
Berbeza dengan nasib seorang lagi gadis simpanan Sugar Daddy, biarlah saya namakan dia, 'Amy'.  Dia saya temui secara kebetulan sewaktu kenderaan dinaiki gadis itu  terbabit dalam kemalangan jalanraya di Subang Jaya, Selangor.
Kejadian itu berlaku sekitar tahun 2006.
Amy mendakwa disimpan oleh pemimpin politik berusia awal 30 an dan dia sering dibawa bercuti di luar negara. Satu daripada gambar ditunjukkan kepada saya, Amy dan Sugar Daddy sedang mandi di kolam renang hotel terkemuka di luar negara.
"Untunglah," komen ringkas saya.
"Gambar itu dirakamkan kira-kira setahun lalu. Sekarang dia sibuk dengan kerjaya politik. Setiap bulan dia masih memasukkan duit ke dalam akaun bank saya tetapi tidak banyak, cukup untuk menampung kos kehidupan sebagai orang bujang," ujar Amy.
Ketika itu Amy berusia 23 tahun, kini saya anggarkan 31 tahun. Barangkali dia sudah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya.
Rumusannya, jarang wanita disimpan lama oleh Sugar Daddy. Sebaik usia mereka meningkat dan bakal mencecah 30 an, lazimnya perhubungan dinoktahkan. Akibatnya, sebilangan bekas gadis simpanan terkapai-kapai mencari rezeki dan cuba berdikari untuk meneruskan kehidupan mereka. Kebergantungan sepenuhnya terhadap wang disumbangkan oleh Sugar Daddy mereka sebelum itu akhirnya memerangkap diri.
Kepada pembaca terlepas membaca entri kisah Marsha Si Perempuan Simpanan, klik di sini.
Barangkali gegendangan telinga sebilangan daripada kita sudah kematu mendengar kisah Sugar Daddy dan gadis simpanan mereka.
Jadi mari kita beralih menganalisa kisah anak ikan, belaan Sugar Mummy. 
Sugar Mummy lazimnya wanita berstatus janda atau isteri. Ramai berkata, mereka menjadi Sugar Mummy akibat diabaikan oleh suami, terlalu sibuk mengejar kekayaan sehingga meninggalkan isteri mereka kegersangan. Di waktu terluang, isteri bersama rakan seangkatan, mencari ruang dan peluang untuk ditemankan lelaki jauh lebih muda.
Anak ikan mungkin diperkenalkan kepada mereka.
Selalunya kita terdengar, anak ikan harus kacak dan bijak melayan kehendak wanita lebih berusia. Seks barangkali bukan soal utama. Layanan itu lebih kepada emosi, biarpun kaya, Sugar Mummy kesunyian dan berasa dikesampingankan oleh suami mereka. 
Sedikit belaian jiwa dan fizikal pastinya dihargai.
Berbanding gadis belaan Sugar Daddy, jarang benar kita mendengar luahan hati mahupun keluhan anak ikan. Barangkali, bekas teman wanita Sugar Daddy ditinggalkan selepas tubuh mereka puas digunakan untuk memuaskan nafsu lelaki. Manakala kesan fizikal tidak dapat dikesan langsung di tubuh anak ikan.  Mereka mampu hidup mewah, menutup sebelah mata  atau lampu bilik jika Sugar Mummy tua dilayan di ranjang. Andai kata perkhidmatan mereka tidak diperlukan lagi, mereka berlalu pergi dan berkebarangkalian mencari Sugar Mummy baru.
Pengalaman sebelum itu, boleh digunakan untuk menawarkan perkhidmatan lebih berkualiti kepada wanita gersang dan kesunyian.
Sila baca kisah anak ikan dan pasangannya berusia 20 tahun lebih tua, klik di sini.
Ternyata, sebilangan wanita berusia kekadang cenderung ingin dibelai lelaki lebih muda, mungkin seusia anak mereka sendiri. 

Anak ikan bertubuh sasa, suami pula barangkali berperut boroi justeru kurang menyelerakan. 

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. fuh-yo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger