GAMBAR RUMAH MEWAH DATO SITI NURHALIZA DI AUSTRALIA


Sepertimana yang disiar didada akhbar kosmo online, Dato Siti Nurhaliza telah dikatakan menjadi pembeli pertama rumah/kondo mewah di Australia. Dinamakan sebagai The Istana, rumah tersebut memang kelihatan mewah, sekurang2nya dari gambaran artis. Tapi aku ni kenkadang terpikir juga, kalau beli kat sana sapa yang nak tinggal kat rumah tu? Mungkin Dato Siti Nurhaliza akan berbincang dengan suami beliau Dato K, untuk tinggal disana hanya disaat mereka menikmati percutian je kot. Mungkin laaa....itu anggapan aku je. Apapun, layan je dulu gambar2 rumah mewah yang bakal dimiliki Dato Siti Nurhaliza satu hari nanti di Australia.
Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menandatangani perjanjian membeli sebuah pangsapuri satu bilik di The Istana dalam majlis pelancaran projek kediaman itu, baru-baru ini. Pemaju hartanah tempatan, Magna Prima Bhd. yang menjadi peneraju utama dalam pembinaan kediaman itu di Melbourne, Autralia menampilkan Siti Nurhaliza sebagai pembeli dan pelabur pertama unit kediaman mewah itu. The Istana merupakan pangsapuri kediaman menara tunggal setinggi 25 tingkat terletak di A’Beckett Street iaitu di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan Melbourne. Sebelum ini, projek itu dikenali sebagai Dynasty Living yang dibangunkan di atas kawasan berkeluasan 10,800 meter persegi yang memuatkan 320 unit kediaman.Pertukaran nama kepada The Istana merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan ciri hartanah dan sentuhan arkitek Malaysia.
 
 
 
 
 
 
 
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. fuh-yo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger