Featured Post Today
print this page
Latest Post
Showing posts with label Automotive. Show all posts
Showing posts with label Automotive. Show all posts

Eksiden Nissan GTR Dan Nissan Skyline Di Kuantan

 


Bayangkan kalau korang ada kereta seperti Nissan GTR di atas, dan ia merupakan kereta kesayangan korang. Tetapi akibat kelalaian korang, kereta tu musnah dan hancur seperti besi buruk. Semua akibat kemalangan. Mesti frust kerana terpaksa simpan duit balik untuk dapatkan sebuah kereta yang sama.

Tapi itu kita, yang jenis tak berada ada. Kalau orang kaya lain caranya. Setakat kereta yang berharga beratus-ratus ribu ini, hanya satu hobi dan mainan sahaja.

Berbalik kepada kereta Nissan GTR dan Nissan Skyline, ini antara dua buah kereta impian semua orang termasuk MrJocko. Kalau dapat satu, cukup la. :)

Hari ni ada baca berita tentang kemalangan di kawasan Semambu, Kuantan melibatkan sebuah kereta Nissan GTR dan Nissan Skyline. Perghhh!!! Memang dua-duanya kereta yang mempunyai kualiti yang tinggi dari Nissan.

Bila tengok gambar-gambar kemalangan dua buah kereta Nissan GTR dan Skyline ini, nampak gaya macam dibawa laju. Kita tengok macam 'Sayangnya kereta tu, hancur begitu jer'. 'Kalau la aku dapat, aku jaga elok-elok' Itu kata kita la...

Kita yang bawa kereta biasa-biasa ini beringat la, kalau kereta yang berteknologi dan kualiti tinggi seperti Nissan GTR dan Nissan Skyline ni pun boleh hancur sebegini akibat kemalangan, apatah lagi kita memandu kereta buatan yang tidak seberapa.

Pandu la berhati-hati.



Bagaimana Memilih Jenis Tayar Dalam Masa 10 Saat

Tayar memainkan peranan yang penting dalam pemanduan kereta.


Tip Memilih Jenis Tayar Kereta


Pemilihan tayar akan memberi kesan terhadap beberapa aspek. Antaranya adalah:
  • Penggunaan minyak akibat daripada geseran yang berlaku.
  • Keselesaan dan kelancaran kereta dalam iklan tertentu sesebuah negara.
  • Kadar pecutan kereta.
Justeru itu, kami ingin berkongsi dengan para pembaca tentang cara untuk memilih tayar kereta yang sesuai dengan kenderaan yang kita pakai hari ini. Ia hanya mengambil masa 10 saat untuk mendalami ilmu tentang tayar kereta.

Bagaimana Memilih Jenis Tayar Kereta?

Berikut adalah maklumat yang boleh kita hadam mengenai tip memilih tayar kereta yang sesuai:
  1. Pilih saiz tayar yang sesuai dengan keupayaan saiz kereta.
  2. Pilih tayar kereta yang sesuai dengan saiz rim kereta kita dari sudut kelebaran dan ketebalan.
  3. Pilih tayar mengikut iklim tempatan.
  4. Pilih set tayar dari jenama yang sama.
  5. Pilih jenama tayar yang berkualiti seperti Continental, Michelin, Goodyear, Bridgestone, Falken, Dunlop dan pelbagai lagi.
Kelima-lima tip ringkas ini sudah memberikan kita kelebihan untuk menjaga jangka hayat tayar kereta kita, untuk jangka masa yang panjang.
Semoga ia bermanfaat, semoga panduan ini berjaya menambah nilai dalam diri kita terhadap tip penjagaan kereta.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. fuh-yo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger