update- Penyerang Kelantan@MAT YO TETAP BERHASRAT PINDAH KE JOHOR,gaji cecah 80k tu


Penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang dikenali dengan panggilan ‘Mat Yo’ sebelum ini telah menghantar surat kepada Kafa baru-baru ini, untuk membolehkan beliau berhijrah ke pasukan lain (Johor) namun jawatankuasa pasukan Kelantan menolaknya dengan alasan pemain itu masih mempunyai kontrak setahun lagi.
 
Menerusi laporan media hari ini, Norshahrul berkata beliau masih berminat mewakili pasukan Johor kerana ingin mencari angin baru. Namun hasratnya yang sebelum ini telah ditolak Kafa. Beliau berhasrat Kelantan akan mempertimbangkan permohonannya itu.

“Saya difahamkan PBNJ masih menaruh minat untuk mendapatkan khidmat saya namun semuanya terserah kepada pengurusan pasukan (Kelantan) untuk menentukan masa depan saya,” katanya yang dipilih sebagai penyerang terbaik kebangsaan untuk kali ketiga berturut-turut pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012.
 
Mat Yo dilaporkan menerima tawaran lumayan dari pasukan Johor dengan bayaran gaji dikatakan mencecah RM80 ribu manakala Johor juga sanggup menawarkan bayaran tebus kontrak yang tinggi untuk pasukan Kelantan berdasarkan baki kontrak 1 tahun yang masih ada
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. fuh-yo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger