Walaupun ada yang cemuh kerana pertunangan ini, saya faham






Anne Ngasri bersama anak- anaknya

Nama Anne Ngasri cukup menjadi perhatian ramai sejak akhir-akhir ini.
Selepas hubungan cinta dengan penyanyi, Aliff Aziz putus September lepas, Anne Ngasri dikatakan sudah berkahwin dengan ahli politik berstatus suami orang.

Namun, rupanya khabar angin itu hanya salah faham, apabila Anne akhirnya mengikat tali pertunangan dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan, pada jam 11 pagi, 11 November lalu.

Tidak menganggap keputusan untuk mendirikan rumah tangga dilakukan secara terburu-buru, Anne menjelaskan segala yang berlaku adalah takdir dari Allah SWT.
“Sejak awal lagi, saya tidak pernah letakkan sebarang kriteria atau ciri-ciri siapa yang akan menjadi suami saya dan bila saya akan berkahwin.


“Saya tidak menganggap pertunangan dan pernikahan kami kelak sebagai keputusan yang terburu-terburu kerana kami sudah saling mengenali sejak setahun yang lalu.
“Bagaimanapun, saya akui terkejut dan terharu apabila dia bersungguh-sungguh mahu memperisterikan saya dan datang bertemu keluarga. Bagi saya kehadirannya dalam hidup saya dan anak-anak, tepat pada waktunya,” ujarnya kepada Zass.
Ditanya mengapa beralih pada lelaki berusia, selepas kecundang dengan cinta lelaki sebaya dan muda, Anne berkata : “Saya serahkan kepada Allah SWT atas jodoh yang diberikan. Walaupun ada yang cemuh kerana pertunangan ini, saya faham, mereka sayangkan saya dan nak yang terbaik buat saya.
“Tapi ini adalah jodoh dan kuasa Allah. Saya harap mereka akan doa yang terbaik buat saya. Namun, di mana istimewanya tunang pada mata saya, akan saya beritahu selepas semuanya selamat kelak,” ujarnya.

Persiapan sederhana

Berkongsi mengenai persiapan perkahwinannya yang akan berlangsung dalam tempoh sebulan lagi, Anne berkata, segala persiapan kini sedang berjalan lancar dan di buat secara sederhana.
Tidak seperti kelazimannya, Anne dan Sumali akan bernikah pada 22 Disember ini di rumah pihak lelaki di Pontian, Johor.
“Selama ini kami sering lakukan majlis di Kuala Lumpur. Jadi kali ini kami mahu bersama dengan sanak saudara pula, apatah lagi ibu bapa saya sebenarnya berasal dari sana.
“Dari segi persiapan pula, kebanyakan dilakukan oleh pihak lelaki dan saya hanya membantu apa yang patut sahaja.
“Saya dan tunang hanya mahukan sebuah majlis yang ringkas sahaja dan tidaklah terlalu gah. Mungkin hanya majlis pernikahan dan doa selamat sahaja yang akan di buat,” katanya.

Anak restu

Ditanya mengenai penerimaan anak-anaknya, Abdul Warits, 5, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2, Anne berkata, dia amat bersyukur kerana ketiga buah hatinya itu menerima kehadiran Sumali dengan baik.
“Mungkin faktor mereka masih kecil membuatkan mereka tidak ada masalah untuk bersama sesiapa sahaja.
“Bagaimanapun, saya amat menitik berat soal anak-anak dan tunang saya juga tidak ada masalah dengan anak-anak saya. Malah keluarga juga merestui hubungan ini, jadi saya rasa amat bersyukur,” katanya.
Anne sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006 sebelum bercerai pada tahun 2010 dan mereka dikurniakan tiga cahayamata.
Menyetuh tentang perkembangan seninya Anne berkata, dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran program bual bicara berkonsepkan remaja berjudul SIS untuk siaran TV9.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. fuh-yo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger