membaca perkembangan terkini Betty Benafe ini. Rasanya semua tahu yang Betty sudah pun bertunang dengan seorang jejaka Lubnan yang bernama Bruce. Menurut perancangannya, mereka berdua akan berkahwin pada 8 Disember ini.
Namun kini, Betty sudah ragu-ragu sama ada untuk meneruskan perkahwinan atau membatalkannya. Kad kahwin sudah diedarkan sepenuhnya. Berkata kepada BiPop, banyak masalah yang timbul ketika pertunangan mereka. Kata Betty:-
Terlalu berat untuk saya membuat keputusan. Kini, saya berada di persimpangan dilema, sama ada meneruskan atau membatalkan perkahwinan. Saya tahu, saya dan keluarga akan malu jika membatalkan perkahwinan ini, hampir 200 kad undangan sudah diedarkan kepada tetamu. Tapi jika saya berkahwin untuk bercerai, tiada gunanya juga. Saya terlalu menyayangi Bruce. Sebelum bertunang dulu, kami bahagia dan tiada masalah. Bagaimanapun, sebaik bertunang dan tempoh perkahwinan yang tidak sampai sebulan, banyak masalah yang timbul
Biasalah tue adat dalam pertunangan. Darah tengah manis. Gaduh itu perkara biasa. Cuma perlu dikawal agar tidak merebak. Apa pun kalau betul memang bakal berakhir dengan penceraian, sarankan batalkan je perkahwinan ini. Malu sikit tak apa daripada jadi janda. Tak gitu?