pelajar IPTA kantoikan diri sendiri depan penguat kuasa Pejabat Agama di hotel bajet di Batu Pahat

 



Ketika umat Islam sibuk menyambut Maal Hijrah dengan bacaan Yasin di rumah, surau atau masjid berhampiran, seorang penuntut wanita sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 19 tahun dan teman lelakinya pekerja swasta berusia 25 tahun sibuk melampias nafsu di sebuah hotel bajet di sini, sebelum ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Batu Pahat, semalam.

Dalam operasi cegah maksiat bermula jam 1 pagi itu, anggota penguat kuasa sebenarnya mengetuk pintu bilik bersebelahan bilik dihuni pasangan berkenaan, namun disebabkan panik, teman lelaki pelajar berkenaan membuka pintu untuk meninjau apa yang berlaku.


Kelakuan lelaki itu yang mencurigakan menyebabkan anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan hingga membawa kepada penemuan pelajar terbabit yang bersembunyi dalam bilik berkenaan.

Timbalan Ketua Unit Penguat kuasa Pejabat Agama Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu, pihaknya mensasarkan beberapa hotel bajet sekitar daerah ini selepas dikesan menjadi lokasi remaja melakukan maksiat.


“Dalam kejadian itu, pada awalnya kami (unit penguat kuasa) mengetuk pintu dan ingin melakukan pemeriksaan di bilik sebelah disewa pasangan berkenaan.


“Bagaimanapun, lelaki terbabit dilihat membuka pintu sebelum disedari anggota bertugas dan kami mula menyoal lelaki itu sama ada dia berseorangan atau tidak,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, lelaki itu cuba menipu dengan mendakwa dia berseorangan, namun keadaan mencurigakan itu menyebabkan pihaknya melakukan pemeriksaan.


Hasilnya, katanya, pihaknya menemui pakaian dalam perempuan di bilik itu sebelum menemui seorang remaja wanita di satu ruang dalam bilik berkenaan.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan didapati pasangan terbabit mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan perkahwinan sah.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. fuh-yo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger