(Gambar) Bekas model hot, Kavitha Sidhu bertudung litup -sudah masuk islam ke?

 


Bertempat di JW Marriot sempena Majlis Gala Amal Prihatin bersama Islamic Fashion Festival, Kavita Sidhu dilihat memakai tudung litup dan berpakaian lengkap muslimah sepanjang majlis berlansung.

Kavita Sidhu yang ditemui selepas tamat majlis berkata, “Saya bertudung pada malam ini bagi menghormati majlis dan mengikut cara berpakaian muslimah supaya tidak kelihatan pelik daripada tetamu lain yang hadir selain menunjukkan sokongan saya kepada Islamic Fashion Festival.”

Kavita juga selaku salah seorang pereka busana muslimah pada majlis itu berkongsi pendapat mengenai pemakaian busana muslimah yang disifatkan amat selesa.

“Busana muslimah sungguh selesa dan amat senang untuk digayakan. Misalnya turban yang saya pakai ini, sangat mudah digunakan dan sangat selesa serta tidak perlu bersusah payah untuk memikirkan gaya rambut.”



Menurut Kavita, minatnya dalam bidang ini tercetus sejak tiga tahun lalu dan ini kali pertama dia menyertai pertunjukan fesyen sedemikan.

“Saya bangga kerana setiap rekaan yang ditonjolkan dapat disiapkan dalam masa 3 minggu, jika diambil kira, ini merupakan pengalaman pertama saya menyertai fesyen muslimah.”
 
: HIBURAN, TERKINI
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. fuh-yo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger