Cerai Isteri Kerana Enggan 'Bersama' kerana terlalu malu

 
Mahkamah Tainan (Taiwan) membenarkan tuntutan cerai seorang suami kerana isterinya ‘terlalu malu’ untuk melakukan hubungan se ks selepas pernikahan mereka berlangsung selama setahun.


 Gambar hiasan

Guru berusia 39 tahun ini berkenalan dengan isterinya (30) melalui khidmat laman web jodoh.
 
Setelah Chen dan Lin bercinta selama 3 bulan, akhirnya mereka memutuskan untuk berkahwin. Ketika malam pertama, Lin tidur dalam keadaan berpakaian ‘penuh’ dengan selimut menutupi tubuhnya.
 
Ketika Chen berusaha untuk melakukan hubungan se ks dengannya, Lin menolak sambil berteriak, “celaka kau!” dan Lin juga pulang ke rumah orang tuanya pada keesokan harinya. Melalui khidmat laman web jodoh yang memperkenalkan mereka, Lin mengakui menandatangani kontrak setuju bernikah kerana masalah kewangan dan dia juga memohon agar dia dan suaminya tidur berasingan.
 
Namun, niat sebenar Lin tidak tercapai kerana Chen yang tidak tahan akhirnya membuat tuntutan cerai. Lin mengakui kepada mahkamah bahawa dia menolak hubungan malam pertama kerana terlalu penat dan sakit.
 
Akan tetapi hakim tetap menganggap bahawa adalah hal yang pelik jika Lin enggan bersama diranjang sejak dia menikah. Hakim juga meminta Lin memberikan NT$300 ribu pada Chen sebagai ganti rugi atas pembelian apartmen, mas kawin dan rasa malu akibat pernikahan yang gagal kerana alasan yang remeh.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. fuh-yo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger