Shila Amzah Bakal Sain Kontrak Dan Terbit Album Mandarin

 

 Shila Amzah Bakal Sain Kontrak Dan Terbit Album Mandarin

16/10/2012 by


Rezeki. Itulah yang kami boleh katakan apabila mendapat tahu apabila Shila Amzah yang baru-baru ini memenangi sebuah pertandingan nyanyian di China bakal menandatangani kontrak dengan Shanghai Media Group (SMG) sedikit masa lagi di Shanghai. Selain itu penyanyi berusia 22 tahun ini dalam perancangan untuk menerbitkan dua buah album dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Mandarin. #ThumbsUp!

Untuk pengetahuan anda juga, pada 17 November ini Shila Amzah bakal membuat persembahan pembukaan untuk konsert salah seorang daripada barisan juri Asian Wave iaitu Eric Moo di Beijing. Pastinya, dengan adanya persembahan seperti ini kami di Wassupz! percaya lebih ramai yang akan mengenali Shila Amzah dan bakal mengagumi bakat besar yang ada pada penyanyi bertubuh kecil molek itu.

Tahniah buat Shila Amzah!
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. fuh-yo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger