Gambar fathia mantap di Jelajah Anugerah Skrin 2012



Anda sedar atau tidak, tinggal kurang sebulan sahaja lagi sebelum Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) ini berlangsung & satu siri jelajah telah di’rangka untuk memberi peluang kepada peminat untuk merasai debaran’nya — selain berpeluang bertemu barisan artis popular.

 Lokasi pertama jelajah Anugerah Skrin 2012 ini telah berlangsung hujung minggu lalu di Plaza Gurney, Pulau Pinang yang telah di’meriahkan oleh lebih 1,000 peminat yang ingin bersua muka dan mendekati barisan artis yang mereka minati.

Sesi jelajah kali ini telah di’meriahkan dengan kehadiran Zalif Sidek, Fezrul Khan, Talha Harith, Sharifah Sakinah, Elfira Loy, Nur Fathia, Rafidah Ibrahim dan Amran Ismail selain persembahan nyanyian oleh

Dayang Nurfaizah dan Anas Ridzuan (juara Mentor 6). Pada sesi jelajah yang berlangsung dari jam 3.00 petang sehingga 6.00 petang ini, peminat yang hadir turut di’hiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz dan permainan yang membolehkan mereka membawa pulang cenderahati eksklusif TV3.

 Jelajah Anugerah Skrin 2012 bersama penaja, Pantene ini bakal ke e@curve, Mutiara Damansara pada 21 Oktober 2012 sebagai lokasi kedua & pada hari sama akan di’umumkan pemenang Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke 2. Jangan lupa datang untuk sama sama memeriahkan
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. fuh-yo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger