Top ten wedding of the year artis malaysia yang mewah

Top ten wedding of the year artis malaysia yang mewah

farid diana


Tahun 2012 menyaksikan ramai selebriti popular tanah air mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang. Antaranya ialah Awal & Scha, Lisa & Yusry, Fasha & Jejai serta ramai lagi. Kesemua majlis telah berjalan dengan lancar dan meriah sekali.


Disebabkan tahun 2012 sudah hampir tiba ke penghujung,  kompilasikan majlis perkahwinan selebriti popular yang telah berlangsung sepanjang tahun ini. Yang mana satukah kegemaran anda? Kongsikannya di ruangan komen di bawah.


fasha sandha dan jejai


1. Fasha Sandha dan Jejaisetelah bercinta agak lama, pasangan ini akhirnya diijabkabulkan pada bulan April 2012. Majlis pernikahan telah diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur sementara majlis resepsi telah diadakan di Perlis. Tambah menggembirakan apabila Fasha Sandha disahkan hamil beberapa minggu selepas sah bergelar isteri Jejai. 


yusry lisa


2. Lisa Surihani dan Yusry KRUbanyak peminat yang terkejut apabila pengumuman mengenai perkahwinan ini dibuat. Tak ramai yang dapat menghidu percintaan mereka berdua. Namun yang pastinya, kedua-dua pengantin ini memang sama cantik dan sama padan dan sangat berseri-seri di majlis perkahwinan mereka yang berlangsung sekitar Februari 2012. 

 
awal dan scha 


3. Awal Ashaari dan Schasetelah menangguhkan perkahwinan beberapa kali, pasangan ini telah selamat bergelar suami isteri sekitar bulan May 2012. Walaupun banyak peminat kecewa kerana siaran langsung yang sepatutnya disiarkan untuk majlis pernikahan terganggu, majlis mempelai ini telah berlangsung dengan begitu meriah sekali


farid kamil


4. Farid Kamil dan Diana Daniellepengumuman majlis pernikahan yang dibuat oleh Farid Kamil ketika preview filem PE3 ternyata mengejutkan banyak pihak. Majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Flamingo telah berjalan dengan suasana sederhana. 2 minggu selepas itu, Diana Danielle telah berkongsi berita kehamilannya. Ketika majlis resepsi di Taman Ekuestrian Putrajaya, uniform tentera yang dipakai oleh Farid Kamil telah menimbulkan kontroversi. 


ustaz don daniyal

5. Ustaz Don Daniyal dan Husnabanyak gadis di luar sana yang luluh hatinya mengetahui tentang pernikahan ustaz yang popular ini. Majlis pernikahan dan resepsi mempelai ini telah berlangsung dalam keadaan penuh sederhana. Ramai yang menyatakan sejuk mata memandang melihat keserasian pengantin baru ini.


farah lee
 
6. Ally Iskandar dan Fara Leeperbezaan umur 13 tahun ternyata tidak menjadi penghalang untuk pasangan ini untuk bergelar suami isteri. Ramai pada mulanya agak terkejut kerana sebelum ini Ally Iskandar pernah putus tunang dengan salah seorang peserta gadis Melayu. Namun kini Fara dan Ally hidup bahagia walaupun terpaksa tinggal berasingan kerana Fara masih belum tamat pembelajarannya di Korea.

ella dan azhar 

7. Ella dan Azharbaru sahaja selesai mengadakan majlis resepsi pada minggu lepas, Ella akhirnya menamatkan zaman daranya bersama seorang pilot yang telah berjaya mencuri hatinya. Kedua-dua pasangan ini memang nampak sempoi dan kelakar. Semoga Ella dan Azhar akan berbahagia sehingga ke akhir hayat.


azza elite 

8. Azza Elite dan Azlanmajlis pernikahan yang dilakukan di dalam masjid telah pun menimbulkan kontroversi kerana pakaian Azza yang dikatakan tidak sesuai pada tempatnya. Yang menariknya, semasa majlis pernikahan dilakukan, hampir kesemua anggota Elite telah bertemu kembali. Seolah-olah satu reunion kecil-kecilan. 



betty benafe 

9. Betty Benafe dan Bruce Dargusmulanya ada timbul kata-kata bahawa Betty Benafe tidak pasti sama ada ingin meneruskan perkahwinannya atau tidak. Namun syukur kerana majlis pernikahan telah pun berjalan lancar baru-baru ini. Semoga Betty bahagia bersama suami tercinta buat selamanya.


irma hasmie redza syah
 

10. Irma Hasmie dan Redza Syahinilah wedding of the year 2012  Kehenseman suami Irma Hasmie ternyata membuatkan ramai wanita di luar sana yang cemburu. Berkesempatan menghadiri majlis persandingan mereka, sememangnya pasangan ini bak pinang dibelah dua. Sama cantik dan sama padan. Kini Irma dan Redza sedang menanti kelahiran cahaya mata pertama mereka.






Natasha Hudson dan Carleed Khazatertinggal pulak satu lagi perkahwinan selebriti yang tak kurang popularnya. Ini adalah perkahwinan kali ketiga buat Natasha Hudson. Majlis pernikahan telah dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur dalam keadaan penuh sederhana. Kini Natasha sedang hamil hasil perkahwinannya dengan Carleed. 



Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. fuh-yo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger