Gambar tudung shila amzah yang cantik dan Jadi Trending Worldwide Lepas Menang APM2012


 

KL, 17 DIS 2012: Wah! Bangga sungguh dengan penyanyi Shila Amzah. Sebab lepas saja menang Penyanyi Wanita Terbaik dalam majlis Anugerah Planet Muzik 2012 (APM2012), penyanyi muda yang ini terus jadi trending worldwide di dalam media sosial, Twitter.


Bermacam-macam komen yang diberikan kepada juara Asian Wave 2012 di Shanghai ini. Antara yang menarik bagi Murai Batu bila ada yang kata bahawa Shila Amzah menyanyi lebih baik daripada Rossa sewaktu membawakan lagu Aku Bersahaja bersama Taufik Batisah di dalam majlis anugerah tersebut.


Malah, saya juga setuju bila ada yang komen yang berkata bahawa Shila Amzah bakal jadi penyanyi nombor satu negara serta legend in the making.


kepompong Shila Amzah yang dulu dan seperkara lagi, dia sudah cukup sedia dan sudah cukup 'masak' untuk jadi penyanyi dan penghibur yang berjaya, profesional dan bertaraf antarabangsa.

Tanpa penglibatan awalnya di dalam bidang ini iaitu pada saat dia masih di bangku sekolah lagi, tidak mungkin dia akan mampu mencapai semua ini.

Pengalaman awalnya yang dikutipnya selama bertahun-tahun itulah yang menjadikan Shila Amzah mampu mencapai kejayaan yang dimilikinya, termasuklah bakat yang dianugerahkan Tuhan buatnya.


 harap Shila Amzah akan terus berjaya pula mencatatkan kemenangan yang membanggakan di World Music Awards 2012 yang bakal berlangsung di Miami, Amerika Syarikat.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. fuh-yo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger