2012: Isu artis cucuk sana, cucuk sini, ubah sana, ubah sini bukanlah perkara baru dalam industri hiburan.Tetapi kadang kala, Murai Batu tidak paham dengan artis tempatan kita. Kalaulah memang jelas atau
perlunya sesebuah perubahan itu dilakukan, Murai Batu tidak kisah.
Lantaklah badan dan muka artis itu sendiri yang menanggung kesakitan dan kesengsaraannya.
Tapi ini tidak, sudah lahir cantik molek tetap mahu menambah-nambah apa yang sudah cukup.
Murai Batu bukan apa, sayang tengok rupa paras yang menawan tetapi makin hari makin kurang menawan tatkala lihat wajah mereka yang berkenaan ini.

Bagaimanapun ketika Anugerah Juara Lagu (AJL)yang baru saja berlansung dan seperti biasa Murai Batu sibuk melihat foto artis-artis bergaya hebat di karpet biru.Maklumlah, saja ingin melihat pakaian mereka. Ada yang cantik, ada juga yang tidak. Malah ada yang diulang tayang.
Tapi kalau cantik boleh juga menempah sehelai dua dengan pereke fesyen tempatan yang meletup-letup sekarang ini.
Selak punya selak, Murai Batu ternampak gambar seorang artis lelaki yang diketahui ramai kerana wajahnya yang jambu . Siapa lagi kalau bukan Zoey Rahman.
Tetapi ketika menghadiri AJL baru-baru ini, Murai Batu perhatikan lain sangat raut wajah Zoey.
Tidak tahu, mungkin kerana kualiti gambar atau teknik solekan yang mempengaruhi tetapi artis ini. Nyata sudah semakin lain nampaknya.
Lihat sajalah dua gambar yang Murai Batu sertakan di sini.
Foto sebelah kiri adalah raut wajah Zoey yang lama dan kanan adalah wajah terbarunya yang dirakamkan ketika AJL lalu.
Dari awal kemunculan Zoey ke dalam dunia seni, memang ada sumber yang berkata dia ada cucuk sana sini.
Tetapi Murai Batu dengar saja. Tak mahu dengar lebih-lebih.
Tetapi kali ini, Murai Batu tengok macam sudah terlebih perubahan di muka artis lelaki ini.
Ada yang cakap, Zoey terpengaruh dengan fesyen dan gaya artis daripada Korea.
Murai Batu sedar, wajah dia sudah hampir sama. Tapi takkanlah kerana taksub dengan cara mereka sampai begitu jadinya.
Setahu Murai Batu, artis Korea memang terkenal dengan kisah perubahan wajah dan fizikal mereka.
Mereka juga tidak pernah berselindung dengan hal yang satu ini.
Jadi Zoey, mungkin anda boleh membantu Murai Batu menjawab persoalan yang sedang bermain di benak fikiran ini.
Mungkin juga ada penjelasan yang khusus. Mungkin juga Murai Batu silap. Mungkin, mungkin, mungkin.
Murai Batu: Mulut ini semakin hari semakin mungil macam Angelina Jolie dek kerana kuat bergosip. Jadi tak payahlah nak cucuk lagi.
SUMBER : MURAI