Zizan Razak & Juliana Evans: Kami Pernah Ungkap Kata Kata Sayang



Oleh kerana gambar Juliana Evans tersebar di internet baru baru ini, pastinya ramai yang ingin tahu apakah reaksi ‘kekasih’ beliau, Zizan Razak. Heh. Tidak pasal pasal.

Dalam kenyataan kepada Berita Harian hari ini, Zizan Razak mengatakan yang beliau tidak terkejut dengan tersebarnya gambar tersebut kerana mereka tiada apa apa hubungan.

“Saya tidak terkejut sebab kami memang tidak mempunyai ikatan, malah tidak pernah janji apa apa & juga kalau benar dia sudah ada teman lelaki, itu bukanlah masalah bagi saya”

“Memang saya tidak pernah letakkan sebarang harapan sebaik saja dia ke luar negara. Saya kurang percaya pada hubungan jarak jauh. Jadi biarlah dia jalani hidupnya sendiri”

Zizan Razak turut mengakui yang beliau pernah bertanyakan kepada Juliana Evans bagaimana jika beliau mahu menjalinkan hubungan yang lebih serius, namun ianya tidak dipersetujui.
“Saya akui, kami pernah melafazkan kata-kata sayang, tetapi ia tidak lebih daripada ungkapan untuk seorang sahabat baik,” tambah Zizan Razak lagi baru baru ini.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. fuh-yo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger