Setiap kali tiba musim perayaan utama di Malaysia, seakan sudah menjadi budaya moden untuk kita menantikan iklan iklan menarik daripada syarikat besar saban tahun.Dan, jenama yang sering tidak mengecewakan adalah Petronas dan iklan sempena hari raya Aidilfitriyang lalu memang betul betul menyetuh perasaan kita semua, Masih ingat lagi?Petronas bersempena dengan perayaan Deepavali melancarkan video iklan melalui Youtube mereka yang di’beri judul Do the Dappan & ketika ini ia’nya masih di’bawah 5,000 tontonan. Yang menarik perhatian kami adalah maklumbalas mereka yang telah menonton video ini & majoriti yang meninggalkan komen sebenarnya kurang senang dengan konsep iklan kali ini. “I know we are Malaysian and all but for God sake please do some research on the festive and the culture. Seriously in what way does this represents Indians, seriously?” tulis KJR. Beberapa orang penonton lain turut menyebut yang Petronas seperti berusaha untuk menjadikan ‘Do the Dappan’ fenomena sepertimana Gangnam Style yang di’popularkan PSY. Lebih menarik, Sharifah Amani dalam sebuah teaser untuk iklan ini menyebut “PETRONAS commercial no emotion how to do? Excuse me, have you done commercials before?” seperti kena dengan situasi yang di’hadapi iklan Deepavali Petronas sekarang ini. #LOL