KUALA LUMPUR – Tekaan ramai pihak mengatakan penyanyi lelaki, Shah Indrawan atau Tomok membotakkan kepalanya adalah untuk bernazar atau terlibat dengan sesuatu projek seni adalah salah sama sekali.
Baru-baru ini, Tomok tampil dengan kepala yang botak dalam satu persembahan iaitu Muzik-Muzik Separuh Akhir dengan mendendangkan lagu ‘Aku Datang’.
Ada juga pihak mengatakan Tomok melakukan kejutan ‘botak’ itu kerana melakukan persembahan dalam pertandingan tersebut.
Namun, Tomok memberitahu sendiri dia mahukan kelainan dalam penampilannya serta berbeza dari sebelum ini.
“Saya botakkan kepala bukan sebab apa-apa pun.
“Saja hendak tampil lain sedikit. Bukan sebab hendak buat persembahan pada malam ini (Muzik-Muzik Separuh Akhir). Jauh sekali hendak mencuri perhatian sesiapa,” kata Tomok yang dipetik dari portal
Berjaya mendendangkan lagunya sendiri, ‘Aku Datang’ dalam pertandingan Muzik-muzik Separuh Akhir yang juga merupakan lagu tema untuk filem ‘Istanbul Aku Datang’ memberikan rasa kepuasan buat diri Tomok.
Walaupun tidak berjaya ke pusingan pertama pertandingan itu, Tomok merasakan belum ada rezeki lagi lagu ciptaannya sendiri itu bertanding dengan lagu-lagu yang dikira juga terlalu hebat.
Malah, Tomok jujur mengakui dia tidak kecewa dengan keputusan juri profesional dan pecaya rezekinya akan muncul di masa akan datang
“Saya tidak terkilan atau kecewa. Sebaliknya saya berpuas hati dan gembira kerana dapat buat yang terbaik untuk peminat yang memberi sokongan. Keputusan juri profesional saya tidak mahu pertikaikan.
“Anggap sahaja tahun ini saya tidak ada rezeki untuk melangkah ke Anugerah Juara Lagu (AJL). Tahun depan dan tahun-tahun berikutnya saya masih boleh mencuba. Saya tidak akan berputus asa hanya kerana gagal pada tahun ini,” katanya.
Lagu ‘Aku Datang’ adalah lagu ciptaan Tomok sendiri untuk filem Istanbul Aku Datang yang juga dibintangi oleh Tomok.
Turut bergandingannya dalam filem itu ialah Lisa Surihani dan Beto Kusyairi