Menurut S Baldev, pelakon itu tinggalkan lokasi penggambaran pada 5 Oktober 2012 lalu selepas hanya bekerja selama 17 hari untuk filem yang sepatutnya mengambil masa 30 hari itu.
Berita Harian turut melaporkan yang Sharnaaz Ahmad memberi alasan untuk pulang ke kampung melawat bapa’nya yang sakit di Pulau Pinang selain berkata beliau mempunyai temujanji lain.
Tetapi, wartawan popular Zubir mendakwa bertemu pelakon ini bersama Shila Amzah dan ibunya di Hotel MS Garden, Kuantan Pahang pada keesokan harinya. Huh?
Bukan itu sahaja, S Baldev mendedahkan lagi yang Sharnaaz Ahmad sudah tunjukkan sikap panas baran beliau sejak hari pertama penggambaran dek kelambatan seorang krew.
“Pada hari berkenaan, pakaian terpaksa ditukar dan Hafiz (krew) mengambil masa sejam lebih mencari tiga set pakaian & lebih malang, ada peralatan kamera yang rosak,” cerita S Baldev.
“Sharnaaz ada beritahu mahu bertemu Shila Amzah kerana kekasihnya itu mahu ke China. Apabila Hafiz sampai, dia naik angin & menolak Hafiz ke tepi dinding & mengcengkam leher”
Hafiz menambah “Dia cakap ‘kau ingat aku balaci kau, tunggu lama’. Saya minta maaf dan saya cakap saya beli pakaian. Tiba tiba, dia tolak saya & cengkam leher saya dengan tangannya”
“Tindakannya memang kurang ajar,” tambah Hafiz yang mendakwa siku berdarah kerana terkena kayu ketika insiden tersebut & parutnya masih ada lagi sebagai bukti.