4 November 2012
Bersiaran sejak Selasa lalu, ada segelintir penonton tidak suka penyampaian Neelofa yang disifatkan sebagai gedik.
Menjawab isu itu, Neelofa dalam kenyataan kepada sebuah portal berkata, dia tidak menganggap dirinya gedik. Sebaliknya, dia lebih bersetuju sekiranya penonton melabelkannya lincah dan aktif.
Bagaimanapun, kata pelakon filem Azura 2012 ini, dia menerima kritikan dengan terbuka dan akan berusaha memberi yang lebih baik.