usia. Berikutan kemampuan, Sugar Daddy sudi menyewakan unit kondomininum mewah untuk gadis belaan tinggal dan berkunjung ke rumah itu sekali sekala untuk memuaskan
hawa nafsu mereka. Sebagai balasan, sebahagian atau sepenuh kos keperluan hidup gadis terbabit ditanggung oleh Sugar Daddy.
Gambar hiasan
Teringat saya kepada antara kenyataan kenalan, gadis berusia 22 tahun ketika saya temui di Bangsar, Kuala Lumpur, kira-kira 12 tahun lalu, 'Zu'.
"Sugar Daddy saya sekarang ini bekerja di Afrika Selatan, balik ke sini, dua kali setahun. Sebulan, dia masukkan duit ke dalam akaun RM7,000," jelasnya ringkas.
Zu berasal dari Sungai Petani, Kedah dan sewaktu ditemui mempunyai teman lelaki berusia lebih kurang sama.
"Ada Sugar Daddy, ada boyfriend sekali?," soal saya.
"Sugar Daddy jarang berjumpa. Cuma beberapa kali saya terbang ke Afrika Selatan, bercuti di sana. Tetapi berbanding dia, rimas juga bila ada boyfriend macam ini, kuat jelas, kuat marah dan kekadang tangan dan kaki naik ke badan kita," Keluh Zu.
Berbeza dengan nasib seorang lagi gadis simpanan Sugar Daddy, biarlah saya namakan dia, 'Amy'. Dia saya temui secara kebetulan sewaktu kenderaan dinaiki gadis itu terbabit dalam kemalangan jalanraya di Subang Jaya, Selangor.
Kejadian itu berlaku sekitar tahun 2006.
Amy mendakwa disimpan oleh pemimpin politik berusia awal 30 an dan dia sering dibawa bercuti di luar negara. Satu daripada gambar ditunjukkan kepada saya, Amy dan Sugar Daddy sedang mandi di kolam renang hotel terkemuka di luar negara.
"Untunglah," komen ringkas saya.
"Gambar itu dirakamkan kira-kira setahun lalu. Sekarang dia sibuk dengan kerjaya politik. Setiap bulan dia masih memasukkan duit ke dalam akaun bank saya tetapi tidak banyak, cukup untuk menampung kos kehidupan sebagai orang bujang," ujar Amy.
Ketika itu Amy berusia 23 tahun, kini saya anggarkan 31 tahun. Barangkali dia sudah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya.
Rumusannya, jarang wanita disimpan lama oleh Sugar Daddy. Sebaik usia mereka meningkat dan bakal mencecah 30 an, lazimnya perhubungan dinoktahkan. Akibatnya, sebilangan bekas gadis simpanan terkapai-kapai mencari rezeki dan cuba berdikari untuk meneruskan kehidupan mereka. Kebergantungan sepenuhnya terhadap wang disumbangkan oleh Sugar Daddy mereka sebelum itu akhirnya memerangkap diri.