“Memang saya ada menyentuh punggungnya kerana saya geram. Dia sangat menghairahkan,” ujarnya tanpa berselindung sewaktu mengulas kejadian itu di belakang pentas.
Model berusia 40 tahun itu juga sempat mencium leher Bieber yang turut membawa pulang anugerah Artist of The Year itu sewaktu memberikan trofi berkenaan.
Komen Bieber sambil bergurau, dia rasa seperti dicabul!
Penyanyi lagu hit Boyfriend itu ditemani ibunya, Pattie Mallete pada acara itu.
Sementara itu, Bieber dilihat memegang tangan Selena Gomez sekalipun dikatakan sudah berpisah dengan penyanyi comel itu.