

Menerusi laman twitter beliau, Datuk Siti Nurhaliza menyatakan “First time dalam hidup pergi Low Yat dan hanya masuk untuk beberapa saat sahaja.”
Mungkin beliau agak terkejut dengan suasana di dalam bangunan itu ataupun Siti Nurhaliza mempunyai agenda lain menyebabkan beliau hanya mengambil masa hanya beberapa minit sahaja untuk berada di dalamnya.
Mengabadikan kenangan masuk Low Yat, Datuk Siti turut berkongsi sekeping gambar semasa beliau berada di sana.