WANITA WARGA CHINA MAUT AKIBAT DIKETUK DENGAN OBJEK TUMPUL

KULAIJAYA, 10 Okt (Bernama) -- Seorang wanita warga China yang ditemui dalam
keadaan berlumuran darah di Jalan Melati 1, Indahpura, di sini dua hari lepas,
meninggal dunia semalam.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata Yang Li Na, 30an,
meninggal dunia di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini,
akibat kecederaan parah di kepala dan leher.

"Yang ditemui dalam keadaan duduk oleh sepasang kekasih yang melalui jalan
tersebut, kira-kira pukul 11 malam. Dia masih bernyawa ketika dibawa ke hospital
itu sebelum disahkan meninggal dunia, semalam," katanya kepada pemberita selepas
perasmian pondok bit polis Kelapa Sawit, di sini, hari ini.

Zulkefly berkata bedah siasat mendapati terdapat kecederaan di kepala dan
leher wanita terbabit akibat diketuk dengan objek tumpul.

Beliau berkata Yang dipercayai sudah berkahwin dengan seorang lelaki
tempatan berusia 40an dan tinggal di Taman Puteri, di sini.
"Polis sedang mengesan suaminya yang menghilangkan diri bagi membantu
siasatan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta
menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Nik Azmi Hussein di talian 07-6632222.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. fuh-yo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger