Wanita Afrika Selatan seludup dadah RM1.5 juta ke Lombok
MATARAM 13 Okt. - Seorang wanita warga Afrika Selatan ditahan pihak berkuasa Indonesia kelmarin, selepas cuba menyeludup masuk dadah jenis methamphetamine seberat 2.6 kilogram ke Lombok.
Menurut Ketua Detektif Polis Wilayah, Ricky Simon Paays, Kathlyn Dunn, 28, ditahan di Lapangan Terbang Lombok selepas tiba dari Singapura.
"Hasil imbasan x-ray, polis menemui dua paket dadah yang dianggarkan bernilai AS$500,000 (RM 1.5 juta) di dalam beg pakaian wanita tersebut," katanya. - AFP
Labels:
berita tempatan