Taktik Terbaru Pencuri Wanita Warga Vietnam, JERIT DAN TUNJUK BUAH DA DA!

Taktik Terbaru Pencuri Wanita Warga Vietnam, JERIT DAN TUNJUK BUAH DADA!
*Gambar Hiasan
30/12/12 PETALING JAYA : Terdapat helah mencuri terbaru iaitu dengan menanggalkan pakaian dan menjerit seolah-olah pencuri berada dalam masalah.

Penjaja dan peniaga di SS2 di sini telah menghadapi kes-kes di mana sekumpulan wanita Vietnam merompak mangsa dan kemudian menunjukkan buah da da sambil berlari melepaskan diri membuat bising yang akhirnya mengelirukan mangsa.

Menceritakan satu insiden apabila seorang wanita telah ditangkap mencuri dompet, penjaja Chow Kwai Chet, 41, berkata: “Dia yang tidak memakai coli dengan cepat menanggalkan baju sambil menjerit.
Terdahulu, dia cuba menahan wanita genit, dipercayai warga Vietnam lingkungan usia 30-an apabila dia ditangkap mencuri dompet.

Wanita itu juga cuba untuk mem
buka seluarnya.
“Walau bagaimanapun, seorang penjaja wanita menampar dan memarahinya,” kata Chow pada sidang akhbar bersama Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong, Ahad.
Seorang lagi penjaja, Leng Chin Huat, 46, berkata, kumpulan wanita ini biasanya terdiri daripada 3-4 individu dan dipercayai menjadi sebahagian daripada sindiket.

Dia berkata, mereka berjaya menangkap tiga wanita Vietnam kerana mencuri dan telah menyerahkan mereka kepada polis.

“Bagaimanapun
, polis terpaksa melepaskan mereka kerana tidak dapat menemui barang-barang dicuri mereka,” katanya.
Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Pagi SS2 Khor Choon Seong, 27, berkata wanita hanya akan mengambil wang dan bukannya kad kredit.

“Mereka kemudian akan buang dompet atau beg duit. Pelanggan hanya akan mengetahui bahawa mereka telah dirompak apabila mereka mahu membeli sesuatu,” katanya.
Chong berkata kejadian itu biasanya berlaku pada hujung minggu.
Beliau menasihatkan orang ramai menghadkan jumlah wang tunai yang dibawa dan menyimpan wang dalam poket hadapan. – THE STAR
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. fuh-yo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger