Istilah mengibarkan bendera putih sebelum berjuang bagaikan tidak pernah wujud dalam kamus kehidupan peledak berbisa Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali.
Biarpun masa depan Safee bersama skuad kebangsaan dalam pentas Piala AFF Suzuki, November depan masih samar-samar ekoran majikannya, Pelita Jaya disenaraihitamkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) gara-gara penggantungan sementara Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) baru-baru ini, Safee tetap tidak mudah melatah.
Sebaliknya, anak jati Kajang, Selangor itu optimis pintu untuk dia beraksi di pentas Piala AFF Suzuki kali ini masih belum tertutup rapat.
“Sebagai pemain bola sepak, saya hanya mahu bermain untuk skuad kebangsaan. Kontroversi sebegini bukan petanda karier bola sepak saya sudah berakhir.Semalam, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan pihaknya berdukacita tidak dapat menggunakan khidmat Safee dalam saingan Piala AFF Suzuki nanti.
“Buat masa ini, saya kekal positif dan percaya peluang saya untuk beraksi dalam saingan Piala AFF Suzuki masih ada,” katanya kepada Kosmo semalam.
Ia bagi mengelak sebarang risiko selagi PSSI tidak menyelesaikan kemelut Liga Super Indonesia (ISL) yang tidak diiktiraf badan induk itu sebelum ini.
Disebabkan itu, FIFA membuat keputusan untuk menggantung sementara PSSI sehingga memberikan impak terhadap pegawai dan pemain kelab ISL termasuk Safee.
Difahamkan, PSSI hanya akan bersidang hujung tahun ini sehingga menyebabkan khidmat Safee yang juga penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010 terpaksa dilupakan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal pada edisi kali ini.
Mengulas lanjut, Safee memberitahu, dia baru sahaja mengadakan perbincangan bersama pengurus peribadinya, Zakaria Rahim berhubung perkara itu, namun butiran terperinci mengenai perkara itu masih belum dapat didedahkan kepada umum atas sebab tertentu.
Pada masa sama, beliau juga enggan mengulas sama ada bakal menyertai sebuah kelab di Australia yang turut dimiliki pemilik Pelita Jaya, Dermawan Bakri bagi mencerahkan peluangnya beraksi di pentas Piala AFF Suzuki nanti.
“Masih terlalu awal untuk memperkatakan hal itu, biarlah isu ini diselesaikan terlebih dahulu,” katanya.
Ketika ditanya sama ada FAM membuat keputusan terburu-buru menggugurkannya daripada saingan Piala AFF Suzuki kali ini, Safee menegaskan:
“Saya tidak berhak memberikan sebarang komen. Sebagai pemain, saya hanya mahu beraksi.
“Bukan tidak mahu mengucapkan selamat maju jaya terhadap rakan-rakan sepasukan, tetapi saya percaya peluang saya (beraksi di Piala AFF Suzuki) masih ada.Dalam pada itu, Zakaria ketika dihubungi Kosmo lewat malam tadi mengesahkan Safee bebas daripada kemelut tersebut dan tetap beraksi bersama skuad kebangsaan dalam saingan Piala AFF Suzuki nanti.
“Selagi belum ada kata putus, saya optimis saya masih berpeluang beraksi,” tegasnya.
“Wakil daripada AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) baru sahaja menghubungi saya dan mengesahkan situasi Safee bersama skuad kebangsaan tidak terjejas.
“Jadi, Safee akan berlepas ke Hong Kong dan akan mewakili pasukan kebangsaan seperti mana biasa, saya harap penjelasan ini dapat menutup terus spekulasi tersebut tanpa sebarang keraguan,” katanya penuh yakin. -