GUA MUSANG –10/10/12 Seorang remaja berkelakuan pelik berasal dari Kuala Krai yang dikatakan sebelum ini suka bercakap dikatakan telah bertukar menjadi pendiam serta tidak bercakap.
Walaupun 2 abangnya itu tinggal serumah, tetapi remaja tersebut tidak pernah mempedulikan nasihat mereka serta tetap akan keluar rumah dalam keadaan fikiran tertekan tanpa diketahui sebabnya.
Menurut rakannya, dia tidak menyangka kelakuan remaja itu yang secara tiba-tiba bertukar pelik hingga sanggup menghalaunya keluar dari rumah tanpa mengetahui tujuannya.
Katanya, remaja itu sering kali menghalaunya keluar serta cuba berkurung dalam rumahnya kira-kira jam 9 malam kelmarin sehingga dia sendiri rasa takut.
“Dia yang terus berjalan keluar dan berehat di padang bola sepak kampung tersebut sehingga saya bersama rakan serta 2 abang dia tidak lagi sanggup mengawal perangainya sebelum pulang ke rumah masing-masing,”
Tambah rakannya lagi, dia tidak mengetahui apa sebabnya dia mengalami tekanan fikiran. Kami cuba memujuknya supaya bertenang dan minta terangkan apa masalah sebenar, tetapi dia tetap tidak mahu bercakap.
Seorang lagi rakannya mangsa berkata, beliau menemui mayat mangsa tergantung di besi tangki air belakang rumah kongsi berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi sewaktu hendak membasuh tangan sebelum sarapan pagi.
Dia yang bangun lebih awal bagi bersarapan pagi setelah majikannya membeli nasi bungkus manakala 2 lagi abang remaja tersebut dan beberapa rakan yang lain sedang berkemas dalam bilik rumah.