Menurut Dato Siti lagi, program itu salah satu cara bagi dirinya sebagai anak seni untuk melahirkan kecintaannya kepada Rasulullah SAW.
“Sebenarnya saya dipelawa oleh Erma Fatima untuk menyertai program ini dan kebetulan saya tidak terikat dengan apa-apa aktiviti seni pada hari berlangsungnya majlis ini.
Menurut beliau lagi,“Pada masa yang sama, saya juga hendak menunjukkan rasa cinta kepada Rasulullah,” katanya yang mempersembahkan lagu kerohanian dari album Tahajud Cinta pada majlis yang berlangsung selama tiga jam itu.
“Ini merupakan saluran kami sebagai anak seni dan alhamdulillah bukan sekadar penyanyi tetapi terdapat juga penglibatan ahli politik serta pelakon yang turut sama berkumpul di sini untuk menunjukkan kecintaan kita kepada Nabi junjungan kita.”Pengacara bagi program Malam Seni Mencintai Nabi Muhammad SAW itu di kendalikan oleh Wardina Safiyyah dan Ahmad Feitri Yahya.
“Sesungguhnya kita sebagai umat Muhammad akan mempertahankan Rasulullah sekiranya ada anasir-anasir yang cuba untuk memporak-perandakan serta cuba memberi gambaran yang tidak baik dan benar mengenai Nabi Muhammad,” katanya.
Program ini diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia, Pemuda Umno serta Artis Malaysia, bertujuan melahirkan pendirian secara harmoni berikutan penayangan treler filem kontroversi itu baru – baru ini.
Majlis diisi dengan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, bacaan puisi dan deklamasi sajak oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin; bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita PKR.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom; Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim dan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib.