Hans Isaac
PETALING JAYA: 15 hb 10 12..Aktor dan produser Hans Isaac mengakui hubungannya dengan pelakon Neelofa adalah serius tetapi mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan kisah tersebut kerana berasa serik dengan kegagalan hubungan cintanya sebelum ini.
Pemilik nama sebenar Gerald Hans Isaac, 41, ini berkata, sudah tiba masanya dia menyimpan sebahagian kisah peribadi untuk dirinya sendiri kerana dia sudah banyak berkongsi perkara peribadi dan kisah cinta sepanjang 20 tahun bergelar anak seni.
Hans berkata, atas dasar itu dia lebih selesa untuk tidak bercerita lebih lanjut mengenai hubungannya dengan aktres muda itu demi kebaikan semua pihak.
“Saya tidak nafikan kami memang berkawan secara serius pada waktu ini. Cuma, saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai sejauh mana perkembangan hubungan kami kerana ia terlalu peribadi buat saya.
“Cukuplah, saya sudah serik untuk berkongsi kisah peribadi kerana selama 20 tahun bergelar artis, terlalu banyak saya berkongsi cerita hubungan cinta dengan kekasih-kekasih terdahulu tetapi akhirnya saya juga yang dipertikaikan itu dan ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini.
Ditanya reaksinya berhubung gosip yang mengatakan dia pergi bercuti dengan kekasihnya itu ke Koh Samui, Thailand, secara rahsia pada hujung bulan lalu, Hans berkata, dia enggan mengambil pusing mengenai perkara itu kerana sudah terbiasa dengan permainan dunia hiburan.
“Tiada apa yang hendak saya katakan mengenai gosip itu. Biarlah kerana saya sudah lalui macam-macam gosip sebelum ini.
“Hakikatnya, saya pergi ke Koh Samui bersama sepupu dan rakan-rakan. Kalau pun saya hendak pergi bercuti dengan dia, tentulah kami akan pergi secara berkumpulan dan bukan berduaan sahaja.
“Saya bukan bodoh dan tidak peka dengan sensitiviti agama dan budaya,” hurainya.
Mengenai hasrat mendiang ibunya, Carmina Anciano Isaac, 74, yang tidak sempat ditunaikan untuk melihat dia berkahwin, Hans berkata, soal berumah tangga bukan perkara remeh yang boleh diambil mudah dan ia memerlukan persiapan dan keputusan yang tepat.
“Memang saya terkilan mengenai perkara itu tetapi saya tidak boleh tergesa-gesa dan gelojoh mengenai persiapan perkahwinan.
“Dalam hal ini, saya perlu bersikap memilih dan sepenuh hati kerana saya hanya mahu berkahwin sekali sahaja dalam seumur hidup.
“Sama ada saya mempunyai perancangan ke arah itu dengan Neelofa atau sebaliknya, biarlah saya simpan dahulu,” luahnya.
Terbaru, usahawan filem ini sedang sibuk dengan proses pasca produksi dua filem terbitan syarikatnya iaitu Lemak Kampung Santan dan sebuah judul yang masih lagi dirahsiakan