Gambar Tasha shila berskirt pendek dan Siri kontroversi



DIULIT populariti dengan pencapaian demi pencapaian, mula-mula diangkat sebagai Artis Baharu Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular 2011 kemudian Heroin Baharu Terhebat dalam Anugerah Blockbuster 2012, ada harga yang harus dibayar oleh Tasha Shilla.

Gaya mewah serta kehidupan sosialnya menjadi tumpuan sehinggakan Datuk J, seorang lelaki kaya-raya dikaitkan sebagai teman sosial yang menaja segala kemahuan Tasha. Daripada sebuah banglo sehinggalah kereta Audi yang dipandu olehnya, semua itu dikatakan hadiah daripada lelaki misteri itu.
Soal berparti di kelab malam pula seperti satu perkara biasa. Sebelum ini perlakuannya berparti dan menari bersama rakan-rakan di kelab malam pernah didedahkan.

Beberapa minggu lalu, namanya sekali lagi mencuri perhatian apabila dikatakan asyik berseronok dengan Datuk J di sebuah kelab di ibu kota.

Lemas dan rimas bahkan adakalanya bosan kerana tidak habis-habis menjadi bahan diperlekehkan segelintir pihak, Tasha mengakui dia seboleh-bolehnya mahu bertindak bijak menangani kontroversi itu.
"Saya sudah malas hendak mengulas dan bercakap perkara yang sama. Apa sahaja yang keluar daripada mulut saya akan dijadikan bahan untuk memulangkan paku buah keras kepada saya. Kalau dilayan, perkara ini tidak akan habis menjadi ungkitan.

"Tapi saya faham tugas media. Saya sedaya upaya mahu bersikap optimis dan positif dalam hal itu. Kalau ikutkan hati saya tak mahu perkara itu diungkitkan lagi.

"Saya bimbang, lama-lama pasti peminat akan naik muak," katanya separuh kalis menahan kontroversi bersiri yang datang seiring dengan pergerakan kariernya.

Terbaharu, terbit satu lagi cerita panas mengaitkan nama Tasha. Selepas dikecohkan dengan fesyen gaun berlambang salib di dada, Tasha dikatakan mendapat penajaan besar daripada Datuk J gara-gara pelantikannya sebagai duta kempen I Love Malaysian Designers anjuran Brew & Skittles untuk tempoh dua tahun.

Menurut Tasha, dia bertindak sebagai wajah atau duta kepada kempen itu bagi merancakkan lagi kehadiran lebih ramai pereka baru.

"Syarikat yang menganjurkan kempen itu ialah Brew & Skittles yang diasaskan oleh Mutiara Bahir. Saya tidak tahu-menahu apa kaitannya Datuk J yang diperkatakan ramai dalam kempen ini.
"Bagi saya, ini adalah satu penghormatan besar kerana dipilih menjadi sebahagian daripada kempen yang bertujuan membantu mempromosikan kerja cemerlang pereka fesyen tempatan," jelasnya.
Sepanjang kempen tersebut, dia boleh memakai mana-mana pakaian pereka untuk sebarang acara, fotografi atau penggambaran mengikut kesesuaian.

Jelasnya, terdapat enam pereka yang mengambil bahagian dalam kempen tersebut iaitu Rhea Benson, Sereni & Shentel, Emilia Tan, Justin Yap, Nurul Wardrobe dan Syahrir Nurdin.
Selain kempen, satu pertunjukan fesyen I Love Malaysian Designers akan berlangsung pada 30 Oktober ini di The Venue, Pavilion Kuala Lumpur.

Pihak Mutiara Bahir selaku pengasas Brew & Skittles pula menjelaskan, selain pertunjukan fesyen satu acara lelongan amal juga akan diadakan. Keuntungan daripada lelongan tersebut akan didermakan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

"Saya dapat inspirasi untuk menganjurkan pameran amal fesyen ini berdasarkan penyertaan aktif dalam PBSM semasa zaman persekolahan.

"Saya sangat berbesar hati dan gembira dapat mengumpulkan enam pereka berbakat besar dan khalayak yang prihatin untuk menyumbang kepada PBSM," katanya yang akan terbang ke Abu Dhabi untuk satu penggambaran drama bersiri tidak lama lagi.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. fuh-yo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger