Datuk Hattan bakal menyunting bekas isterinya Arianie



SAYA tidak pernah lupakan dia meskipun sudah sembilan tahun berpisah. Setiap hari saya berdoa moga jodoh kami bertaut semula dan andai diizinkan Tuhan, tidak mustahil kami akan berkahwin dalam waktu terdekat,¡± kata Datuk Hattan, 48, apabila diminta mengesahkan desas-desus dia bakal menyunting bekas isterinya, Arianie Mohd Abidin sebagai suri hidupnya semula.

Rockers terkenal kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan itu mengaku, dia sangat memerlukan Arianie di sisinya.

Tanpa kehadiran isteri, hidupnya seakan-akan tidak lengkap, bahkan sebagai bapa, dia tidak sanggup melukakan hati putera tunggal kesayangannya, Adam Eiman tidak pernah berhenti berharap mahu melihat hubungan mereka kembali bertaut.

¡°Kami saling memerlukan dan kini berusaha ke arah itu (perkahwinan). Andai ada jodoh, insya-Allah kami akan bersatu juga dan jika tidak, kami akan terus kawan baik.

¡°Saya pernah suarakan hasrat mahu dia kembali kepada saya, tetapi dia minta saya bersabar dan bagi dia masa. Kini, saya nampak kesungguhannya untuk sama-sama membina kembali keluarga kami.
¡°Ikutkan hati, saya mahu laksanakan secepat mungkin. Biarpun sibuk dengan bisnes dan tuntutan karier sebagai penghibur, tiada alasan untuk saya tangguhkan perkara baik seperti ini. Lagipun, dah tak ada apa yang perlu kami kejar, umur pun makin meningkat.

¡°Kalau jadi, kami buat majlis kecil-kecil saja. Tak perlu beriya-iya sangat buat persiapan kerana ini bukan kali pertama kami diijabkabulkan. Malulah sudah usia sebegini nak bersanding, laksanakan apa yang wajib sudah,¡± katanya yang belum menetapkan tarikh majlis.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. fuh-yo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger