Bukit Hantu Yang Bermisteri
Bukit juga sering digambarkan sebagai salah satu tempat tinggal makhluk halus. Kali ini Melayukini.net akan berkongsi sebuah artikel mengenai sebuah bukit hantu yang bermisteri. Tempatnya adalah di Centralia, sebuah kota hantu yang terletak di Columbia County, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Dihuni oleh lebih dari 5.000 orang pada tahun 1960. Ada kilang bioskop, 3 sekolah,sebuah restoran, pejabat pos dan 7 gereja. Ini adalah kota persinggahan yang makmur. Sekarang, tahun 2011, hanya 4 orang tinggal di sana. Boleh lihat sebahagian gambar di bawah ini.
Sebahagian besar bangunan yang ditinggalkan telah dihancurkan oleh manusia atau alam. Sekilas, wilayahnya sekarang hanya nampak lapangan dengan jalan berasap yang ada disekitarnya.Beberapa daerah dipenuhi dengan hutan yang baru ditanam pokok.
Gereja yang tersisih di kota kecil, St Mary’s, dipenuhi pengunjung pada hari Minggu dan tidak terpengaruh oleh api. ini disebabkan kebakaran yang terjadi di 1960 awal dan kebakaran masih berlaku sehingga sekarang. Api ini akan terus menyala selama 250 tahun.
Itulah yang Daud Dekok katakan tentang kota ini (1986): “Ini adalah dunia di mana manusia tidak boleh hidup, lebih panas dari planet Marikh, suasana beracun seperti Saturn. Di pusat punca api, suhu melebihi 1.000 Fahrenheit. Awan karbon monoksida dan gas-gas lain berputar melalui ruang batu. “Api pembakaran secara bertahap bergerak ke segala arah, mengancam kota-kota yang berdekatan. Ironisnya, nama salah satu kota terdekat Centralia adalah Ashland.