Betty Banafe pilih mat saleh, Majlis resepsi 12 Dec ni



                               
                   
SELEPAS selebriti terkenal, Nurul Wahab, Ning Baizura dan Serina Redzuawan, pelakon dan penyanyi, Betty Banafe turut bertemu jodoh dengan jejaka Inggeris sebagai peneman hidupnya.

Pernah membawa jejaka kacukan Britain-Lubnan itu ke majlis persandingan juri MasterChef Malaysia, Chef Riz, bagi melihat sendiri suasana majlis perkahwinan Melayu, akhirnya Betty atau nama sebenarnya, Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, memilih tanggal 8 Disember nanti untuk disatukan dengan Bruce Dargus.

Ditanya mengenai pemilihan Bruce sebagai suami, Betty tanpa ragu-ragu menyatakan kebijaksanaan Bruce berjaya menambat hatinya.

"Di Malaysia, ramai yang memiliki satu atau dua ijazah. Namun, Bruce ada tiga, ijazah dalam pengajian muzik, psikologi dan teknologi maklumat (IT).

"Bila saya bercakap dengan dia, saya dapat berkongsi segala benda termasuk muzik. Dia juga banyak berkongsi perkara yang saya sendiri tak tahu. Saya memang nak lelaki bijak dan rajin, yang sebenarnya susah nak jumpa.

"Lagipun, kami ada persamaan dari segi pemikiran dan kepercayaan. Saya pilih dia, bukan kerana dia orang Inggeris. Saya banyak berkawan dengan lelaki, namun tak jumpa calon yang baik untuk saya dan keluarga," katanya yang bertunang pada 14 Jun lalu.

Majlis resepsi yang dihadkan kepada 100 tetamu itu bakal berlangsung di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru, 12 Disember ini.

Restu keluarga

Mengakui restu daripada orang tua merupakan perkara utama dalam membina sesebuah perhubungan, Betty bertuah kerana ibu Bruce menerimanya dengan tangan terbuka.

Begitu juga dengan keluarganya, kehadiran Bruce yang ingin mendalami kehidupan dan masyarakat Melayu sangat dialu-alukan.

"Bruce tidak putus asa untuk belajar tentang Islam walaupun baru sahaja mendapat hidayah ketika mula-mula datang ke Malaysia, pada tahun lalu.


"pun begitu, ia bukanlah perkara asing baginya kerana dia mempunyai latar belakang Islam. Dari segi persekitaran, dia sudah pandai menyesuaikan diri dan banyak bertanya kepada saya jika dia keliru.

"Dia tahu karier saya dan tidak pernah melarang kerjaya saya dalam bidang seni. Malah, dia nasihatkan saya supaya jangan berhenti dan terus berusaha," katanya yang teruja mengahwini jejaka Inggeris itu.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. fuh-yo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger