Ambiga ‘ditahan’ di KLIA sebelum berlepas ke Australia




SHAH ALAM 10/10/12- Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengesahkan Pengerusi Bersamanya, Datuk S. Ambiga ditahan pihak imigresen sebelum berlepas ke Australia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kira-kira jam 10.30 malam tadi.
Menurut Maria, Ambiga ditahan dan disoal siasat kira-kira 10 minit sebelum dibenar menaiki kapal terbang.
“Memang Ambiga ditahan malam tadi, beliau ada menghubungi saya sejurus selepas disoal siasat,” kata Maria kepada Sinar Harian Online.

Tetapi beliau tidak dapat memastikan butiran soal siasat pihak imigresen ke aatas Ambiga.
“Ambiga berkata beliau ditahan pihak imigresen tetapi agak keliru punca ditahan kerana dirinya tiada sebarang kes polis ketika ini,” katanya.
Sebelum ini, Maria dan beberapa anggota Bersih 2.0 termasuk Maria dan Andrew Khoo pernah menerima layanan yang sama.

“Jika merujuk kepada kes saya dahulu, saya ditahan dan disoal siasat pihak imigresen kerana diri saya ada terlibat dengan kes polis, tetapi Ambiga tiada,” ujar beliau.
Maria disekat 18 September lalu ketika hendak berlepas ke Nepal melalui LCCT.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. fuh-yo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger