Pegawai penyiasat percaya Sukhoi mungkin disabotaj AS
MOSCOW: Perisikan Russia menganggap pesawat Superjet yang terhempas ketika membuat penerbangan demonstrasi di Indonesia mungkin telah disabotaj oleh Amerika Syarikat.
Dalam tajuk utama akhbar tabloid popular Russia, Komsomolskaya Pravda, yang berbunyi, “Adakah Amerika terbabit dalam pesawat Superjet yang terhempas?”, ia memetik kata-kata pegawai yang tidak dinamakan, sebagai berkata, Amerika turut berminat untuk melihat pesawat itu gagal. Anggota perisikan tentera yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, “Kami akan menyiasat teori sabotaj perindustrian.” Pesawat Sukhoi Superjet 100 adalah pesawat penumpang pertama diperkenalkan Russia sejak kejatuhan Soviet Union dan ia mewakili industri yang cuba mendapat kembali kegemilangan mereka - AFP
Labels:
Luar negara