Featured Post Today
print this page
Latest Post
Showing posts with label berita tempatan. Show all posts
Showing posts with label berita tempatan. Show all posts

Mayat pendatang tanpa izin Jadi Berat Kerana Makhluk Halus? di Kota Tinggi



TRAGEDI...mayat bot pancung karam bergelimpangan di pantai, semalam. BANTU...anggota penyelamat dan penduduk kampung membantu menguruskan mayat yang dibawa ke pantai.




KOTA TINGGI: Keanehan berlaku ketika pihak berkuasa menguruskan sembilan mangsa bot karam di Perairan Teluk C berhampiran Bandar Penawar, di sini, malam kelmarin apabila mayat mereka gagal diangkat kerana terlalu berat.

Walaupun lima orang dewasa berusaha mengangkat satu mayat, usaha mereka tetap gagal dan keadaan hanya berubah selepas seorang ustaz dipanggil untuk membantu.

Sumber polis berkata, selain keadaan mayat yang berat, berlaku satu lagi keanehan apabila pacuan empat roda polis secara tiba-tiba tersekat di kawasan berpasir dan tidak boleh bergerak menyebabkan usaha membawa mayat ke hospital bertambah sukar.

Menurutnya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan mayat terdampar di kawasan itu kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

“Semua mangsa dipercayai penumpang sebuah bot pancung yang membawa lebih 15 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang bertolak dari Bandar Penawar melalui laluan tikus untuk pulang ke negara asal mereka.

'Pesta liar' di PD gagal

PORT DICKSON 23/12– Polis berjaya menggagalkan penganjuran satu pesta yang disertai lebih 100 remaja dipercayai dari ibu negara di sini, malam tadi.

Pesta yang dikenali sebagai Moon Soon Beach Party itu diadakan di tepi pantai, lengkap dengan pentas serta sistem pembesar suara, dengan hidangan minuman keras dan dihadiri puluhan pasangan kekasih.

Bagi menarik orang ramai, penganjur dikatakan menggunakan nama sebuah hotel terkemuka di bandar berkenaan dan Tourism Malaysia yang dicetak pada tiket yang dijual dengan harga RM165 seorang.

Penganjur juga meletakkan syarat, peserta yang hadir hanya dibenarkan memakai bikini bagi wanita dan berseluar pendek bagi lelaki.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Abd Wahab Harun berkata, polis melakukan gerakan menyiasat motif penganjuran pesta berkenaan hasil maklumat orang awam selepas mendapati aktiviti mencurigakan di kawasan pesta tersebut.

Ibu-Anak gadis sama sama Hebat,bawa BF masuk rumah di melaka


PBT cekup khidmat mandi buih oleh girl vietnam kepada pelanggan




gambar hiasan awek vietnam PUCHONG – Sebuah premis rumah urut yang menawarkan khidmat mandi buih kepada pelanggannya di Bandar Puteri di sini lumpuh apabila kegiatan mereka berjaya dihidu pihak berkuasa tempatan (PBT).

Dalam serbuan dilaksanakan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)itu, 10 wanita warga Vietnam, enam pelanggan dan seorang pekerja dicekup.

Ketika serbuan, tukang urut warga asing terbabit dikatakan asyik memandikan pelanggan mereka dalam keadaan berbaring di dalam bilik mandi yang berada di setiap ruang dipisahkan dengan dinding.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Ahmad Hasan berkata, empat premis diperiksa, tiga daripadanya didapati mematuhi syarat dan notis dikeluarkan pihak majlis seminggu sebelum ini.

Katanya, pemantauan dilakukan setelah tempoh notis tamat bertujuan supaya pengusaha premis mematuhi syarat lesen.

Beliau berkata, serbuan ke atas sebuah premis pusat penjagaan kesihatan yang kononnya menjalankan perkhidmatan urutan mendapati pengusaha gagal mempamerkan lesen perniagaan sah.

“Kebiasaannya pengusaha hanya menawarkan kadar khidmat urutan sebanyak RM40 hingga RM50 tetapi premis ini menawarkan harga dari RM150.

“Pengusaha didapati menawarkan aktiviti mandi buih kepada pengunjung dalam keadaan berbogel,” katanya.

Pihaknya percaya wujud aktiviti pelacuran di premis itu dan kesemua ditahan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

PADAH INTAI WANITA BERKEMBAN di kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai


 

gambar hiasan awek cun


 
 PADAH INTAI WANITA BERKEMBAN | Kes mengintai yang semakin menjadi-jadi di kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, berakhir dengan tertangkapnya seorang lelaki yang sedang melakukan aktiviti tidak bermoral itu, di Blok G, awal pagi semalam.

Dalam kejadian itu, suspek warga Myanmar dicekup selepas gerak-gerinya mengintai beberapa rumah di kawasan berkenaan disedari anggota Biro Keselamatan Persatuan Penduduk yang mengadakan rondaan rutin.
Anggota Biro Keselamatan Mohd Yusof Awang Kechik, 40, berkata, suspek berusia 19 tahun itu membuka tingkap bilik sebuah rumah menyebabkan penghuninya seorang wanita yang ketika itu berkemban menjerit.
"Suami wanita itu yang sedang tidur terkejut dengan jeritan berkenaan, berlari keluar. Ketika itu, suspek telah pun kami tangkap," katanya.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek yang kurang fasih berbahasa Melayu bekerja di sebuah kuari di Batu 9 Cheras dan baru masuk ke negara ini melalui tiket pelarian dua bulan lalu.
“Malah dia turut memberikan alasan ditinggalkan rakannya di situ. Bagaimanapun kami percayai dia terlibat dalam banyak kes mengintai yang berlaku sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
"Suspek mengintai melalui tingkap menggunakan telefon bimbit untuk merakamkan mangsa khususnya wanita yang berada dalam tandas," katanya.
Suami mangsa Asnawi Budin, 27, berkata, dia tidak menyangka rumahnya menjadi sasaran suspek.
"Sebelum ini, ada dengar cerita ada orang diintai dalam tandas dan tidak sangka kali ini rumah saya jadi sasaran.
"Nasib baik saya ada di rumah ketika itu, jika tidak entah apa yang akan berlaku,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner  Arjunaidi Mohamed mengesahkan penangkapan dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.sumber

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. fuh-yo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger