Featured Post Today
print this page
Latest Post
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

11 Penjara Paling Kejam Di Dunia- memang hazab




Rasanya semua tak nak masuk penjara.. haha, tempat di mana pesalah -pesalah yang di tangkap di tempatkan. Alhamdulillah di Malaysia penjaranya masih terkawal dan tidaklah sekejam dan brutal mana.. betul tak? haa, jom tengok pula 11 penjara paling kejam di dunia..

1. Candiru Prison (Brazil)


Penjara ini pernah mengemparkan Brasil juga dunia ketika berlaku rusuhan besar di penjara tersebut pada tahun 1992. Tragedi pembaunuhan yang melibatkan polis tempatan. Ratusan mangsa terkorban, 103 (ada yang mengatakan 111 banduan) di antaranya telah terbunuh.
Tragedi Caradiru bermula dari meletusnya perang antara kumpulan di penjara tersebut, yang merebak hingga melibatkan banyak banduan. Polis kemudian datang mengawal keadaan.

Sebenarnya semasa itu banyak banduan telah menyerah dengan melemparkan senjata mereka . Mereka meminta perlindungan polis. Namun dijawab polis dengan menembak mereka.


2. Bang Kwang Prison (Thailand)


Dikenali sebagai “Bangkok Hilton”. Penjara ini boleh dikatakan sudah tidak layak lagi, selain penuh sesak, juga kekurangan tenaga penjaga banduan. Banduannya dirantai. Banyak banduan jadi gila akibat tekanan bermula bulan-bulan pertama di penjara itu.

Pengarah Penjara Khun Nattee mengakui, penjaranya adalah paling teruk di seluruh Thailand. Di sini kemudahan sangat minima, termasuk rawatan kesihatan terhadap banduan sangat kurang. Banduan yang sakit hanya boleh meringkuk dengan kaki dirantai di biliknya, sambil menunggu datangnya ubat (jika ada)


3. ADX Florence Supermax Prison: (Colorado)


Penjara ini dibina sebagai respon atas serangan terhadap penjaga banduan dan kakitangan yang terjadi di penjara lain di Amerika. Di penjara ini menerapkan maximum security untuk mencegah terjadinya serangan banduan terhadap penjaga banduan dan kakitangan penjara.

Akibatnya banduan diasingkan dari kakitangan penjara. Banduan menerima penyiksaaan psikologi kerana selama 23 jam hanya dihabiskan di selnya. mereka tak boleh ke mana mana.

Menjadi banduan di ADX adalah suatu mimpi buruk tidak boleh dilupakan oleh mereka. Di sana mereka menerima keadaan paling teruk dari yang terburuk. Banduan yang masuk ke sini adalah penjenayah kelas pertama termasuk yang telah berkali-kali masuk penjara. Di sinilah “neraka” penjara yang boleh mengakibatkan derita seumur hidup.

Selama 13 tahun beroperasi, dua orang tawanan diberitakan mati terbunuh di ADX Florence. Salah seorangnya Lawrence Klaker. Ada yang menyebut dia mati ditembak, tapi ada juga yang mengatakan beliau membunuh diri.



4. Alcatraz Island Prison: (San Francisco, CA)



Penjara ini, yang dikenali sebagai “The Rock”, atau “Devil’s Island”. Dibina pada tahun 1920-an. Segala yang tidak nyaman ada di sini. Alcatraz dirancang sedemikian rupa sehingga amat kecil kemungkinan banduan boleh melarikan diri dari sini. Alcatraz benar-benar menciptakan dunia sendiri. Banduan benar-benar terputus hubungan dengan kehidupan di luar sana.

Pejabat penjara yang ganas, penjaga banduan yang kasar, tindakan tidak berperikemanusiaan mewarnai hari-hari para banduan di sana. Tidak hairan jika banyak yang mengalami gangguan jiwa akibat tekanan psikologi yang luar biasa.

Bayangkan saja, di sana ada larangan untuk tidak boleh bercakap-cakap dengan banduan lain, kalau tidak menurut, hukuman menunggu. Banduan dilarang menzahirkan emosinya. Mereka dipaksa diam. Hak-hak sebagai manusia, di Alcatraz, telah dicabut. Sungguh penjara “neraka”. Penjara ini ditutup pada 1963, tetapi warisan kegelapan terus “hidup” dan menjadi legenda.


5.San Quentin Prison: (San Quentin, California)


Tahun 1930an, pengelolaan penjara ini penuh dengan rasuah, sehingga akhirnya muncul pengarah baru Clinton Truman Duffy yang melihat keadaan tidak berperikemanusiaan dari penjara ini, memutuskan melakukan penambahbaikan di tahun 1940 an.

Tapi sebelum masuknya pengarah baru, penjara ini dikenali sangat tidak berperikemanusiaan memperlakukan para banduan, khususnya yang masih baru. Kepala mereka dibotakkan dan dipaksa memakai seragam yang diberi nombor, mereka makan dengan makanan busuk. Menghuni sel sempit tanpa diberi lampu.

Di sini nyawa tidak ada harganya. Rusuhan antara etnik kerap terjadi. Etnik antara penjaga penjara dan banduan tidak sama, itu sebabnya banyak perkara terjadi diluar kawalan.


6. Diyarbakr Prison: (Turki)


Penjara ini disebut sebagai penjara terkejam di Turki di mana segala keganasan dan kekejaman begitu lumrah terjadi. Dari tahun 1981 sehingga 1984, 34 orang tawanan maut kerana penyiksaan berlebihan, baik jiwa maupun fizikalnya.

Belum lagi dicampur dengan kekejaman seksual yang merajalela. Para banduan sebenarnya telah melakukan protes terhadap pengelolaan penjara. Mereka melakukan mogok makan, malah membakar diri sendiri sebagai bentuk protes, namun tidak berhasil.

Kemudahan penjara ini sangat mengerikan dan jauh dari standard. Di sini pernah terjadi peristiwa dahsyat di mana kanak-kanak juga dimasukkan di sini dan mendapat hukuman penjara seumur hidup.
Kekejaman sesama manusia sepertinya menjadi peristiwa biasa saja. Tidak hairan penjara ini termasuk dalam salah satu penjara yang paling menyeramkan di dunia.


7. La Sabaneta Prison: (Venezuela)


Venezuela juga mempunyai penjara tidak kalah ganasnya, iaitu La Sabanetaa, di mana kekejaman menjadi “santapan” sehari-hari. Kemudahan yang sangat minima, menjadikan wabak penyakit begitu mudah tersebar. Rawatan doktor sangatlah minima, malah boleh dikatakan tidak ada. Makanan kurang dengan menu yang jauh dari sederhana.

Keadaan banduan di Penjara La Sabaneta adalah yang buruk dari yang terburuk. Tidak hairan jika wabak kolera menyerang di sini dan meragut nyawa 700 banduan. Di sini pun pernah terjadi pembunuhan banduan yang meragut jiwa lebih 100 banduan pada tahun 1994.

Kematian merajalela di La Sabaneta. Salah sedikit, nyawa boleh melayang. Para kakitangan penjara yang malas mengurus banduan sehingga para banduan boleh berbuat apa sahaja. Mereka berkelahi malah membunuh sesama banduan. Para penjaga banduan menutup mata atas kejadian-kejadian ini.


8. La Sante Prison: (Paris, Perancis)


Seperti penjara “maut” lainnya, di sini pun nyawa manusia tidak berharga. Perlakuan ganas bermaharajalela. Pengelola penjara sesuka hati menjadikan kehidupan banduan benar-benar tidak berharga. Banyak banduan akhirnya menjadi gila. Sel-sel penjara yang penuh kutu dan tikus, semakin menjadikan banduan menghadapi tekanan teruk.

Sungguh ironis dengan erti kata ‘”La Sante” yang bererti health (kesihatan) dalam bahasa Inggeris. Kerana pada kenyataannya hidup di sana sungguh tidak sihat. Kes buli antara penjaga banduan dengan banduan, banduan ke sesama banduan, sudah menjadi biasa. Kejadian perkosaan antara sesama banduan sangat tinggi dan terjadi setiap hari.

Tidak hairan kalau banyak banduan yang tidak tahan akhirnya bunuh diri, atau menjadi gila. Sepanjang tahun 2002 diberitakan terjadi 122 kejadian bunuh diri. Diikuti 73 banduan pada pertengahan 2003.


9. Rikers Island Prison: (Rikers Island, New York)


Penyiksaan kejam menjadikan penjara ini begitu dikenali di Amerika. Pada tahun 2007, tawanan Charles Afflic mengalami penyiksaan yang berlebihan dari penjaga penjara sehingga terpaksa menjalani pembedahan otak. Sebanyak 6 banduan membunuh diri di selnya kerana tidak tahan dengan suasana penjara yang menekan.


10. Tadmor Military Prison, Syria


Kematian di penjara ini seperti tidak terhitung banyaknya. Kekerasan di Tadmor begitu mengerikan dan benar-benar tidak kenal erti kemaafan. Seorang bekas banduan Tadmor menggambarkan penjara ini sebagai kerajaan maut dan kegilaan yang mengerikan.

Tadmor mempunyai penjaga haus darah, banduan pembunhu, dan tawanan politik. Pada 1980, selepas cubaan bunuh Presiden (di Damasyik), banduan terpaksa membayar harga mahal.

Tentera penyerang penjara, mereka menggunakan helikopter dan mendarat di Tadmor. Tentera ini menyerang 500 orang tawanan di sel mereka. Para banduan ini mati dibunuh, tidak dapat menyelamatkan diri kerana penjaga penjara merantai kaki mereka di sel.


11. Guantanamo Prison: (Cuba)


Penjara Guantanamo adalah kompleks penjara tentera di bawah Joint Task Force Guantanamo (JTF-GTMO) dan menempatkan sebahagian dari pangkalan angkatan laut Amerika Syarikat di Teluk Guantanamo yang luasnya 117 km per segi.

Kem tahanan paling mengerikan itu dilaksanakan pihak Amerika sejak Januari 2002. Lokasinya berada tepat di kepulauan yang menyatukan Amerika dengan Cuba. Kawasan kem tahanan Guantanamo terdiri dari 3 kem iaitu Kemn Delta, Kem Iguana, dan Kem X-Ray (yang sudah lebih dahulu ditutup) yang merupakan instalasi tentera AS.

Jumlah seluruh tahanan yang ada di dalam “Kem X-Ray” dikatakan berjumlah 660 orang. Mereka berasal dari 44 negara, semua disabitkan dengan tuduhan sebagai sebahagian dari “terorisme” antarabangsa.

Sebahagian besar adalah pejuang al-Qaeda dan Taliban yang ditangkap di Afghanistan. Dan para teroris yang dicurigai Amerika melakukan serangan terhadap bangunan WTC pada 11 September 2001 lalu.

21 gambar Kekayaan Sultan Brunei


Wow Kekayaan Sultan Brunei (21 Gambar)






















Haiwan Ngeri Yang Menakutkan Manusia



10 Haiwan Ngeri Yang Menakutkan Manusia, Lumrah manusia akan mempunyai fobia atau takut terhadap sesuatu..ada yang takut darah ada juga yang takut ataupun geli akan serangga..shhhh siapa yang faham diam je tau.. mau kongsi 10 Haiwan Ngeri Yang Menakutkan Manusia  jadi sama kita lihat koleksi gambar ini...

animals horrorific

2.SERIGALA

animals horrorific

3.TIKUS

animals horrorific

4.PIRANHA

animals horrorific

5.GREAT WHITE SHARK

animals horrorific

6.LABAH-LABAH

animals horrorific

7.KELAWAR

animals horrorific

8.LEBAH

animals horrorific

9.ULAR

animals horrorific

10.LOA LOA WORM

animals horrorific






Misteri Suara Aneh Dari Langit Berlaku Seluruh Dunia



Sedang kita dihebahkan dengan berita-berita dan beberapa spekulasi huru hara besar akan berlaku pada tengah malam pertengahan Ramadan yang secara kebetulan jatuh pada hari jumaat pada tahun 2012. Kita digemparkan pula dengan kejadian suara aneh dari langit yang sangat kuat dan menggerunkan yang berlaku pada 11 dan 12 Januari lepas di negara kita sendiri iaitu di Kota Samarahan, Sarawak sehingga mendapat liputan meluas dari seluruh dunia.

Suara tu dikatakan didengar oleh beberapa penduduk di Samarahan pada pukul 3 pagi hingga ke waktu subuh. Suara ini seolah-olah bunyi dengkuran kuat dan ada juga mendakwa seperti bunyi seseorang bernafas menyebabkan penduduk terjaga dari tidur.

Ada juga dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bunyi dari langit tersebut berpunca dari kilang kelapa sawit berdekatan, namun dakwaan itu dinafikan penduduk kerana bunyi enjin memproses kelapa sawit tidak mungkin di dengari sehingga ke Kampung Muara Tuang yang sejauh 10 kilometer.

Ikuti rakaman video yang dirakam pada hari kedua 12 Januari 2012 di Kota Samarahan, Sarawak dibawah:


Sebenarnya, bunyi yang serupa juga pernah dilaporkan kedengaran di beberapa kawasan dunia sebelum ini seperti di Tennesse (Amerika) pada 12 Mei 2011, Kiev (Ukraine) pada 11 Ogos 2011, Aaborg (Denmark) pada 16 September 2011, Budapest (Hungary), Moscow (Rusia), Cichago (US), Sweden, Czeh Republic, Conklin (Canada) dan paling terkini di London (UK) pada 17 januari 2012. - boleh cari di YouTube

Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu. Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.

The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh dari langit telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya. Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.

Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh dari langit itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP).

Ada juga yang mengandaikan bunyi aneh tersebut datangnya dari bunyi naga. Agak lucu bila kedengaran, mungkin ada yang berkata sebegitu hanya untuk jenaka, tapi tidak mustahil jika ada yang mempercayainya sebagai satu perkara yang benar selagi kebenaran belum di buktikan.

Terdapat juga beberapa hadis-hadis akhir zaman dan kitab-kitab dari ulama islam yang menyatakan perihal suara dari langit (suara para malaikat) yang mengaitkan dengan kemunculan Imam Mahdi.

Salinan hadis-hadis yang diambil daripada kitab Al-Qaulul Muhtasar Fi Alamatil Mahdiyul Muntazar, karangan ulama besar Ahlus Sunnah, Imam Abul Abbas Ahmad bin Muhammad Badruddin bin Hajar Al-Haitami al-Makki al-Ansari (909H – 974H).

22. Seruan Dari Langit

“Pada kemudian kelak, akan terjadi bencana di mana orang yang berada di sebelahnya tidak menyedarinya melainkan dia sendiri turut tertimpa bersama-sama sehingga datang penyeru dari langit yang berkata, “Sesungguhnya pemerintah kamu semua adalah si fulan (maksudnya Al-Mahdi).”

56. Hamba Allah yang Terpilih

“Al-Mahdi dizahirkan pada bulan Muharam dan ada satu suara yang menyeru dari langit, “Ketahuilah bahawa hamba Allah yang terpilih adalah si fulan, iaitu Al-mahdi. Oleh itu, dengarlah perintahnya dan taatilah dia.”

Keterangan Daripada Para Sahabat RA
 8. Suara Hatif
“Apabila ada seruan dari langit, “Sesungguhnya kebenaran berada di pangkuan Keluarga Nabi Muhammad SAW,” maka pada ketika itu Al-Mahdi mulai gempar diperkatakan orang. Lantas umat manusia beransur-ansur mencintai Al-Mahdi. Seterusnya tidak ada orang lain lagi yang disebut-sebut oleh mereka melainkan Al-Mahdi.”
Keterangan Daripada Tabiin dan Tabiit Tabiin
1. Seruan Dari Langit

“Nama Al-Mahdi akan dipanggil-panggil dari arah langit.”

40. Terjadi Bencana Sebelum Al-Mahdi

“Alam ini akan mengalami bencana, suatu yang tidak berkesudahan, sehinggalah terdengar satu seruan dari langit, “Ketahuilah bahawasanya yang menjadi pemimpin kamu di dunia ini adalah si anu. Dialah pemimpin yang sejati.” Diulang-ulang sebanyak tiga kali”

41. Seruan Dari Langit

“Suara dari langit menyeru, “Sesungguhnya pemimpin yang sebenar adalah daripada keturunan Rasulullah SAW.” Pada ketika itu suara dari bumi menyebutkan, “Sesungguhnya pemimpin yang sebenar adalah daripada keturunan Nabi Isa.” Atau dia mengatakan “Al-Abbas.” Suara dari bumi itu adalah suara syaitan manakala seruan dari langit itu adalah Kalam Allah, dan seruan inilah yang menang.”

42. Lahirnya Puak-puak dan Berbeza-beza Pendapat

“Di dunia ini akan terjadi sikap berpuak-puak dan perbezaan pendapat, sehingga muncul suatu tangan dan seruan dari langit yang menyeru, “Ketahuilah, bahawasanya pemimpin kamu semua adalah si fulan.”

43. Suara Dari Langit

“Semasa Al-Mahdidan As-Sufyani bertembung dalam peperangan, akan terdengar suatu suara dari langit, “Ketahuilah, bahawa wali-wali Allah adalah kawan-kawan Al-Mahdi.”

44. Tanda-tanda Pada Hari Itu Juga

“Tanda-tanda pada hari itu adalah adanya tangan yang menjulur dari langit yang dapat dilihat oleh sekalian manusia.”

54. Suara yang Memanggil-manggil Nama Al-Mahdi

“Ada suara dari langit yang memanggil-manggil nama Al-Mahdi. Suara itu dapat didengar oleh setiap orang, sama ada yang berada di Timur ataupun di Barat, sehinggakan orang yang sedang tidur pun akan terjaga kerananya.”

Tanda lain yang lebih besar adalah kedengaran satu suara dari arah langit (suara hatif) yang menyatakan bahawa Imam Mahdi telah zahir ke dunia ini.

Setelah itu, akan kedengaran sekali lagi satu suara yang dapat difahami yang datang dari arah langit yang memanggil-manggil nama Imam Mahdi. Suara itu amat kuat sehingga orang yang sedang duduk akan berdiri, yang berdiri akan terduduk dan yang tidur akan terjaga kerana terkejut mendengar suara itu. Suara itu dapat didengar oleh setiap orang di seluruh dunia ini.

Tidak lama selepas itu akan kedengaran lagi suara dari langit dan suara dari langit itu akan dilawan oleh suara yang datang dari bumi. Suara yang dari langit itu adalah suara malaikat yang menyatakan bahawa Imam Mahdi adalah dari keluarga Nabi Muhammad SAW, manakala suara dari bumi pula menyebutkan bahawa Imam Mahdi itu adalah dari keturunan Nabi Isa AS. Orang-orang kafir akan mempercayai suara yang datang dari arah bumi itu manakala umat Islam akan mempercayai suara yang datang dari arah langit.

*** sebarkanlah jika ianya bermanfaat agar timbul kesedaran di kalangan hamba-hambaNYA yang bertaqwa akan hampirnya akhir zaman. Wallahualam...

NZ naikkan 40% cukai rokok



WELLINGTON: Sebelum ini sudah ada bar bebas rokok, taman bebas rokok, malah kolej atau kampus bebas rokok.

Tetapi, bagaimana dengan negara bebas rokok?


Kerajaan New Zealand semalam, menambah beban kepada perokok dengan mengumumkan kenaikan 40 peratus dalam cukai tembakau untuk empat tahun akan datang.

Harga rokok di New Zealand adalah antara yang termahal di dunia dan pada 2016, harga purata sekotak rokok akan melonjak ke NZ$20 (RM47.60).

Pegawai berharap cukai tinggi dan sekatan terbaru ini akan dapat menghentikan tabiat merokok di kalangan 4.4 juta penduduknya pada 2025.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. fuh-yo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger